mudahnya mengajar
hargaRM 10
kategoriUmum
penulis
Mohd Razali Kamarudin
halaman208
berat0 gram
tarikh terbit02 Disember 2009
isbn978-983-124-450-0
SINOPSIS
ADAKAH anda sedang mencari-cari buku panduan asas untuk mengajar? Mudahnya Mengajar! memuatkan panduan asas yang lengkap untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Susunan babnya pula mengikut langkah-langkah yang lazimnya dilalui oleh seseorang guru, pengajar atau pensyarah sewaktu melaksanakan proses P&P. Hal ini memudahkan pembaca untuk mengaplikasikannya.

Perbincangan di dalam buku ini turut merangkumi:

• Konsep ‘mengajar’ dan ‘pengajaran’

• Mentafsir sukatan pelajaran

• Menyediakan rancangan kerja

• Pengurusan buku rekod persediaan mengajar

• Penentuan objektif pengajaran

• Penggunaan media pengajaran

• Pendekatan, teknik dan kemahiran mengajar

• Empat langkah mengajar; set induksi, perkembangan pengajaran,

menutup pengajaran dan aktiviti susulan untuk pelajar

• BONUS! Tip mengajar teknik belajar.

Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pelajar-pelajar bidang Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), guru pelatih, guru sandaran atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami bidang pengajaran.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]