SAJIAN SIHAT merupakan kompilasi pelbagai resipi untuk penjagaan kesihatan diri. Hidangan-hidangan yang ada ini sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan gout. Ia juga mengumpulkan sajian-sajian yang sesuai untuk wanita-wanita hamil dan ibu-ibu dalam berpantang selepas melahirkan anak.