Danish
dan Paf pastinya menjerat rasa sesiapa sahaja yang melihatkannya. Rupa
yang menarik dihias dengan aneka jem dan inti sudah tentu memaku langkah
dan seterusnya menggoda diri untuk mencuba.
Tidak dapat dinafikan, penangan Danish
dan Paf sebagai menu popular yang menjadi pilihan masyarakat pada hari
ini begitu hebat sekali!
Buku DANISH DAN PAF, 30 JENIS & RASA
ini pasti tidak menghampakan anda. Ia menampilkan 30 resipi danish dan
paf dengan pelbagai inti yang menyelerakan. Sungguh mudah pula
memasaknya. Dengan bantuan gambar dan penerangan yang jelas, resipi
danish dan paf anda GERENTI JADI. Semudah 1, 2 dan 3!