kisah kasih
hargaRM 11.9
kategoriNovel
penulis
Kreisya Reisya
halaman348
berat300 gram
tarikh terbit06 Mac 2003
isbn983-124-029-4
SINOPSIS

Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan ''''''''The Search Of Cinderella'''''''' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.

Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.

Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.

Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya?

Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta.

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]