impian terindah
hargaRM 19.9
kategoriNovel
penulis
Norzailina Nordin
halaman576
berat500 gram
tarikh terbit17 Mac 2007
isbn978-983-124-299-5
SINOPSIS

NOVEL Norzailina Nordin bertajuk Impian Terindah membawa anda meneroka percintaan pada zaman yang mungkin tidak terjangkau dek kita, iaitu pada tahun 2196.

Novel ini membawa pembaca menjelajah ke zaman 150 tahun akan datang. Ketika ini manusia tinggal di bulan dan berulang-alik ke bumi. Setiap organisasi angkasa lepas dunia dikenali sebagai Artemis. Pusat pemerintahannya, Artemis World terletak di Washington D.C. Mereka hidup dalam teknologi yang canggih dan terkini.

Pada penghujung Oktober 2196, ketika menghadiri Konvensyen Angkasa Lepas Ke-37, Kapten Sheikh Qirdan bertemu Yuhanez. Atas desakan teman dan kerana ingin membuktikan sesuatu, Qirdan berusaha mengenali Yuhanez dengan lebih rapat. Namun usaha kapten itu mendapat tentangan Dr. Dario yang menaruh hati pada gadis itu. Doktor itu tidak tahu, pada hakikatnya, Zehra, teman baik Yuhanez mencintai dirinya di dalam diam. Pergolakan akhirnya menggugat persahabatan Yuhanez-Zehra.

Sungguhpun begitu, bila mendapat tahu Dr. Dario sukakan Yuhanez, Zehra berundur dan cuba memikat Qirdan pula. Sementara Dario terus berusaha menawan hati Yuhanez walaupun dia tahu gadis itu tetap menyayangi kapten tersebut.

Bila Kapten Qirdan cedera dan Dr. Dario merawatnya, doktor itu mengugut akan mengancam nyawa kapten tersebut sekiranya Yuhanez enggan menerima cintanya. Meskipun mengalah pada takdir, Yuhanez terus berjuang untuk memenangi kasih Qirdan.

Mampukah kasih suci menyelamatkan Qirdan-Yuhanez dari perpisahan yang memedihkan?
Sejauh manakah mereka sanggup berkorban demi melihat orang yang dicintai bahagia?
Apakah usaha Dr. Dario yang tidak kenal putus asa akhirnya beroleh kebahagiaan?

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]