kupertahankan cinta
hargaRM 26
kategoriNovel
penulis
Amyliey Haizani
halaman416
berat0 gram
tarikh terbit15 Oktober 2019
isbn978-967-86-0939-5
SINOPSIS

Senafas rindu, seindah kasih untukmu,kulakarkan menjadi sebuah cinta.

 

Atiey Dalila menaruh hati kepada Zamil Ariff, teman sepermainannya. Belum sempat dia meluahkan perasaan, lelaki itu sudah mempunyai kekasih. Pertemuan Atiey Dalila dengan Arjuna Syah di restoran tempat dia bekerja membuatkan hidupnya tidak tenang. Sikap majikannya, Zana Lara juga membuatkan jiwanya tertekan.

“Atiey memang hipokrit! Atiey lupa Mil kerana lelaki tu! Atiey boleh lupa semua dalam sekelip mata, kan?” - Zamil Ariff

Atiey Dalila cuba melupakan Zamil Ariff, namun sikap cemburu Fiza membuatkan Atiey Dalila dihina dan dituduh sebagai perampas. Lamaran Arjuna Syah membuatkan Atiey Dalila tekad untuk menerima. Walaupun tiada perasaan cinta, Atiey Dalila yakin, pasti ada bahagia di akhirnya.

“Ya, memang Atiey cintakan lelaki tu! Atiey benci Mil sepenuh hati Atiey! Atiey tak nak tengok muka Mil lagi. Mil jangan kacau Atiey!” - Atiey Dalila

Namun, siapa sangka perkahwinan mereka dilanda badai. Rupa-rupanya hubungan Zana Lara dan Arjuna Syah lebih daripada sepupu.

“Abang tak tahu nak percaya kat siapa. Atiey atau Zana? Apa yang abang tahu, abang tak suka ditipu.” - Arjuna Syah

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]