terungkap kata hati
hargaRM 26
kategoriNovel
penulis
HAIZA HAIFA
halaman432
berat0 gram
tarikh terbit15 November 2019
isbn978-967-86-0932-6
SINOPSIS

NUR FILIA HAIFA... hidupnya dikelilingi kesunyian dan terlalu rutin. Dia juga tiada teman rapat apatah lagi istimewa. Semuanya kerana dirinya pernah dikhianati sahabat baik. Lantaran itu, dia mengasingkan diri daripada bergaul dengan teman sebaya. Istilah persahabatan langsung tiada dalam kamus hidupnya.

IMZI FARHAN... lelaki nerd, skema dan pelik. Entah dari mana hadirnya, tiba-tiba dia mahu menjalinkan persahabatan. Filia menolak dengan keras, pada mulanya. Tetapi, keikhlasan yang dipamerkan melembutkan hati batu Filia.

Namun, ada syarat dikenakan. Seandainya, pendirian Filia terhadap nilai persahabatan masih tidak berubah, persahabatan ini akan terputus dengan serta-merta. Mampukah Farhan mengubah persepsi Filia? Sedangkan dalam diri Farhan sendiri penuh misteri. Amat bertepatan dengan gelaran yang diberi Filia, Farhan si Mahkluk Asing!

“Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.” -Farhan-

Walaupun secara luarannya dia kelihatan seperti lelaki yang biasa tetapi personaliti dan identitinya tidak semudah yang disangkakan. Adakah Filia dapat menerima kenyataan mengenai siapa Farhan yang sebenarnya? Adakah persahabatan mereka berdua akan tetap utuh atau terputus begitu saja?

“Pada aku, hubungan persahabatan aku dan dia tidak akan berubah. Kami dah berjanji ikat kontrak mati teman sejati selamanya.” –Filia-

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]