Kejadian
hitam yang menimpa diri Syafiqah telah mengucar-kacirkan hidupnya. Majlis
pertunangan bersama Zikri telah dibatalkan setelah dirinya disahkan hamil.
Faizal yang menyintai Syafiqah dalam diam cuba menjadi penyelamat. Namun,
takdir mendahului segalanya. Angkara dengki dan iri hati, maruah Syafiqah dan
keluarganya telah dipijak lumat di hadapan orang kampung.
Syafiqah akhirnya nekad. Dia harus bangkit mencari bahagianya sendiri. Kampung
halaman yang telah banyak melukiskan kenangan hitam dalam hidupnya segera
ditinggalkan.
Ketika dia mula hendak tersenyum, sekali lagi kekuatan dirinya diuji. Dia
tersepit di antara kasih sayang suaminya, Fareez dan kebencian ibu mentua.
Mampukah Syafiqah bertahan dan mengabaikan segala hinaan dan cacian yang
dilontarkan untuknya. Atau adakah kecewa dan luka di hati mengatasi rasa
cintanya kepada Fareez?