Shila bertunang dengan Ezzat. Mereka suka sama suka.
Si Shila ni perangainya pelik sikit. Cepat menggelabah. Kalut tak tentu pasal. Kuat melatah. Lurus bendul. Tapi baik hati.
Ezzat
ni pulak kononnya cinta sepenuh hati pada Shila. Namun pada hari mereka
bakal disatukan, Ezzat lari dari kampung! Tak tahulah sebab apa. Sakit
otak agaknya. Tak guna!
Shila
punyalah kecewa... menangis tak berhenti. Dahlah satu keluarga dapat
malu. Menanggung hutang lagi. Kena kutuk pulak tu. Siapa yang tak sedih?
Tanpa
disangka, rumah Shila terbakar. Semua tak dapat diselamatkan. Berita
duka itu sampai ke pengetahuan Ezzat. Menyesal tak sudah Ezzat
dibuatnya. Walau dah bertahun-tahun, dia masih menyesal tinggalkan
Shila.
Ditakdirkan
dia jumpa gadis berwajah seiras Shila. Tapi gadis tu bergaya. Perangai
pulak garang gila. Muka Ezzat selamba dia lempang. Padan muka Ezzat!
Barulah bertemu buku dengan ruas. Ezzat panggil gadis tu awek rimau.
Hmm... apa yang terjadi antara Ezzat dengan awek rimau agaknya?