Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup
berdikari untuk buat keputusan sendiri.
Kucing ada banyak baka. Ada
baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang
lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri
tetapi amat setia.
Khadijah
alias 'Kat' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua
jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah
tidak tahu, manusia juga ada banyak 'baka'.
Ada baka
lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada
baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi
kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta
hidupnya yang tidak kunjung tiba.
Jadi,
apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan
nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya,
dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah
perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan
dengan masa silam dan persoalan utamanya.
Dia sendiri
baka manusia jenis apa?
“No! Pakai baju
terbalik, tu silap. Salah masuk lane bila memandu, tu silap. Eja
perkataan government tanpa huruf N sebelum M, tu silap. Putuskan
hubungan sembilan tahun sebab jatuh cinta dengan perempuan lain? Tu bukan
kesilapan. Tu nafsu, tu betrayal.” - Khadijah
“Kadang-kadang orang tak faham,
Kat. Orang tak faham yang haiwan peliharaan kita bukan sekadar haiwan
peliharaan. It represents more than that." - Doktor Faiz
"Dia macam kucing Parsi,
saya ni macam kucing tompok berkudis yang baring tepi jalan.” -FU