variasi asas solekan
hargaRM 19.9
kategoriKraf
penulis
Amy Janz
lily
halaman144
berat0 gram
tarikh terbit09 Januari 2010
isbn978-983-124-503-3
SINOPSIS
SERAUT wajah yang pucat dan polos boleh berubah manis serta memikat dengan hanya secalit gincu bersama selayang bedak. Bersolek dan berdandan memang tidak boleh dipisahkan dengan wanita. Fitrah wanita sentiasa mahu tampil cantik, anggun dan menawan. Namun tidak semua berpeluang untuk mempelajari cara yang betul tatkala bersolek.

Untuk itu AMY JANZ, jurusolek mahir dan ternama dan LILY HASLINA NASIR berganding tenaga, berkongsi segala tip, petua dan langkah demi langkah untuk dikongsi bersama anda yang ingin tampil lebih cantik dan menawan. Diharapkan buku ini dapat membantu wanita untuk kelihatan lebih sempurna tatkala bersolek. Bermula dengan mengenali peralatan dan fungsi, teknik solekan serta cara bersolek yang paling asas hinggalah tip untuk bersolek malam, majlis, solekan ringkas, funky yang boleh menampilkan kelainan untuk solekan anda.

Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat serta keyakinan kepada setiap wanita untuk tampil lebih berketerampilan.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]