ETIKA BERNIAGA DAN PENGGUNA YANG BIJAK


Dalam perniagaan, kalau produk kita berkualiti atau dengan erti kata lain manfaat produk yang dijanjikan, sama atau memang ada dalam produk tersebut, kita hanya perlu membuat pemasaran yang tersusun dan beratika. TETAPI kalau ada orang yang membuat pemasaran produk mereka secara keterlaluan sehingga menyentuh sensiviti agama, adat dan adab budaya serta memberi keresahan kepada masyarakat, itu sebenarnya petanda bahawa produk tersebut ada sesuatu yang tidak kena atau manfaat seperti yang dijanjikan pada produk tersebut tiada atau tidak sama.

Pemasaran seperti ini mereka hanya fokuskan pada pelangan yang mudah dikawal emosinya dan mudah terpengaruh pada imaginasi tanpa mahu melihat fakta yang betul.

Kebiasaannya perniagaan yang menggunakan pemasaran seperti ini, mereka hanya akan target mengaut keuntungan paling lama 2 tahun sahaja. Kemudian mereka akan membuat produk baru dan membuat pemasaran yang tidak beretika semula.

Cuba kita lihat perniagaan yang berorentasikan produk yang berkualiti tinggi dan ada kajian yang betul. Bagaimana mereka bertahan dalam dunia perniagaan dan bagaimana mereka menjaga etika ketika membuat pemasaran. Pasti ada beza yang jelas.

Semoga kita menjadi pengguna yang bijak dan menjadi pengguna yang melihat pada fakta bukan pada pengaruh imaginasi.

 

Kapten (B) Norisham Kadmin

Borong Di China

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]