TIPS MEMILIH BENANG JAHIT YANG BERKUALITI DAN BAGUS


Assalamualaikum, hi semua!!

 

Kita bertemu lagi harini, dengan topik yang lebih mendalam. Okay, harini admin nak share tentang beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan dalam menilai kualiti sesuatu benang itu. Seperti yang kita sedia maklum, benang jahit ni antara bahan penting yang tukang jahit perlu ada untuk kegiatan menjahit mereka. Tanpa benang, pasti tempahan pakaian tak akan siap. Dalam pemilihan benang yang berkualiti jugak mempunyai beberapa faktor yang perlu kita tekankan, antaranya ketebalan benang, serat benang dan kualiti benang itu sendiri.

Sesuatu benang jahit dikatakan mempunyai kualiti yang bagus apabila ia memiliki beberapa kriteria seperti dibawah:

 

⤿  Memiliki warna yang cerah dan tak kusam

 

⤿  Tidak mudah putus jika ditarik kedua belah tangan (bagi memastikan tahan lama dan tidak tetas apabila sudah dijahit pada kain bahan)

 

⤿  Tak banyak serat-serat halus yang keluar pada benang

 

Selain itu, benang yang digunakan dalam menjahit pakaian perlu memiliki ketahanan yang betul baik terhadap jarum ketika kegiatan menjahit dijalankan. Jika kita tengok benang tahan dan elok ketika digunakan, ini membolehkan kita menghasilkan benang yang terbaik untuk hasil jahitan kita. Anda taknak ke hasilkan baju tempahan yang cantik , tahan lama dan benang tak tertetas?

Bagi memastikan sama ada benang yang anda gunakan itu bagus atau tidak, anda boleh cuba dengan menggunting sedikit pada bahagian hujung benang dan lihat sama ada benangnya agak serabut atau tidak. Jika Ya, kemungkinan benang tersebut mempunyai kualiti yang kurang baik. Dari situ, anda sudah mahir menilai sama ada benang yang anda gunakan itu bagus atau kurang bagus kualiti yang dimilikinya.

 

Cari terakhir yang mungkin anda boleh lakukan untuk menilai kualiti benang tersebut adalah dengan memasukkan benang ke dalam jarum kemudian lihat kesannya. Jika benang terbelah dua, kemungkinan benang tersebut juga mempunyai kualiti yang rendah, namun jika dengan mudah anda mampu memasukkan benang ke dalam jarum tanpa terbelah dua, pasti ia adalah benang yang mempunyai kualiti tinggi. 

Kredit artikel: Kaylarafy

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]