CARA BALUT KEK FONDANT CARA MUDAH




Kek fondant sangat cantik dan kemas jika dihias rapi dan ikut teknik betul. Ramai yang suka order kek fondant sebab nak nampak kemas, kek tak comot dan nampak elegant. Ianya menjadi pilihan terutama untuk majlis perkahwinan atau sebagai hantaran.

Ramai tanya tips nak balut kek fondant. Kekny tahu bukan semua mampu nak join kelas deko kek sebab kalau deko kek terutama kek fondant ni memang mahal beratus dan beribu harganya. Jadi disini Kekny nak share tips basic yang perlu korang tahu dalam menghasilkan kek fondant terutama pantang larang kek fondant yang berkait rapat dengan cuaca negara kita. Kekny cuma nak ingatkan tips ni ialah berdasarkan pengalaman Kekny menghias kek fondant. Jadi kalau korang rasa tips ni silap maka janganlah ikut. Kekny share mana yang Kekny rasa memudahkan kerja Kekny.

 

Tips Kek Fondant

Jenis Kek Dan Krim Yang Sesuai

Untuk kek balut fondant,  bukan semua kek boleh kita buat hiasan fondant. Kena jelaskan kepada customer kek fondant ni haruslah kek jenis yang tahan lama krim didalamnya. Antaranya Kek Butter tanpa krim, Kek Buah Kukus, Kek Coklat Krim Ganache jenis keras, Kek Red Velvet krim cheese yang frostingnya kena disejukkan dahulu, Kek span berkrim vanilla buttercream atau kek span lapisan fresh cream yang krimnya tak terlalu tebal. Untuk kek jenis berkrim ni, kita hanya perlu letak filling kek seperti cream cheese frosting untuk Kek Red Velvet contohnya, dibahagian layer tengah kek sahaja dan fillingnya tak boleh terlalu tebal. Mankala luar kek pua keseluruhan akan dilepa dengan buttercream icing  yang tahan lama dan mesra fondant (tidak berair).

 

Kek fondant secara asanya akan tahan kepada lepaan luar kek dari icing buttercream dan coklat ganache (jenis keras)  sahaja.

 

Trim kek

Pastikan kita trim elok kek kita sebelum dilapisi krim tengah. Tak boleh kembung ke buncit ke.. Hahaha.. Nanti krim tengah dia licin sebab kek ni kita jarang simpan dalam peti ais. Kenapa? Nanti saya terangkan kat bawah.

 

Simpan Kek Yang Telah Di Balut pada suhu bilik

Kek yang telah dihias dengan fondant seeloknya di simpan pada suhu bilik. Sekiranya masuk peti ais, suhu sejuk akan melembikkan fondant (apabila kek dikeluarkan dan wap air terhasil. Fondant sangat sensitive dengan air dan akan mencair jika terkena air. Jika perlu juga masukkan kek dalam peti ais, guna peti ais kek khas untuk kek (chiller) yang mana tiada bahan stok kek kita dalam tu seperti susu dan krim, kemudian naikkan suhu peti sejuk supaya tidak terlalu sejuk, dan apabila keluarkan kek, proses perpeluhan tidak terlalu ketara. Paling terbaik simpan kek dalam bilik berhawa dingin.

 

Jika Guna Krim Cheese?

Cream CHeese frosting hendaklah  dosimpan dalam peti ais selama satu hari selepas dipukul supaya lebih set dan stabil. Baru guna untuk layerkan kek. Guna sebagai layer sahaja. Jangan guna sebagai krim lepa keseluruhan kek. Yang tu kita kena guna Buttercream biasa.

 

CMC Atau Penstabil Fondant

Untuk stabilkan fondant contohnya untuk buat figurine atau bunga yang keras elok, campurkan sedikit serbuk CMC kedalam fondant dan uli sehingga sebati. Nisbah campuran 1 sudu kecil per 100gm atau kurang ika cuaca panas elok, lebihkan sedikit jika cuaca hujan atau sejuk. Tapi CMC tak disarankan untuk letak dalam fondant balutan kek kerana kalau kita guna CMC ni akan buatkan kek fondant tu keras dan retak jika terlalu kering. Selain tu boleh guna gumpaste yang sememangnya khas untuk buat bunga dan figurine.

 

Uli Fondant Secukupnya

Ramai yang kata fondant selalu koyak semasa membalut. Fondant sebenarnya perlu diuli sehingga teksturenya menjadi stretchy boleh ditarik panjang elok tanpa koyak. Oleh itu sentiasa uli fondant ya sebelum digunakan. Guna tepung jagung untuk fondant yang melekit lekit supaya ianya kering balik.

 

Pewarna Gel

Untuk mewarna fondant pastikan guna pewarna jenis gel dan bukan jenis air atau minyak. 

 

 

Cara Balut Kek Fondant

Mula-mula trim kek dan lapisi dengan krim. Kekny guna kek Red Velvet dan Cream Cheese Buttercream sebagai layer kek. Bahagian luar cover dengan Buttercream dari butter dan krimwell. 

 


 

Untuk kek pula, tak perlu letak penuh buttercream ya sebab nanti buttercream akan menykarkan proses membalut kek. Cuma letak lapisan nipis untuk crumb coating sahaja.

 

Guna pita khas untuk kegunaan kek sahaja yang bersih untuk dapatkan ukuran saiz fondant yang akan dicanai.

 

Ukuran saiz canai fondant = 
sisi cake board kek sebelah kiri + tinggi kek sebelah kiri + diameter kek (melintang) + tinggi kek sebelah kanan + sisi cake board kek sebelah kanan.

 

Ini penting kerana ukuran ni akan kita semasa nak mencanai fondant. Kita akan canai fondant sampai dapat ukuran panjang dan lebar yang kita dapat tu ya. Macam untuk kek 8 inci dan cake board 10 inci ni, Kekny dapat jumlah nya dalam 14 inci. Jadi bila canai fondant, panjang dan lebar fondant mestilah lebih dari 14 inci tak boleh kurang dari itu. Baru kek kita akan cover elok sekata tak ada yang terkurang fondant atau fondant tak cukup besar.

 

 

Fondant uli dulu ya sampai lembut dan meregang elok tak pecah dan putus. Jangan guna terus dari bekas. Walaupun dia tulis ready to roll fondant. Test dengan tarik meregang macam ni, dan fondant nampak gebu kering elok barulah kita canai.

 

 

Sediakan 3 tools ni ni semasa gelek fondant. Yang hijau tu pizza cutter ja. Yang putih tu fondant smoother 2 biji.

 

 

Atas pelapik silikon (yang pink) tabur tepung jagung serata ratanya. Fondant kita bulatkan seketul besar dan leperkan sikit pakai tangan agak selesa nak gelek. Mula menggelek dari tengah fondant ke tepi. Gelek dari tengah ke hujung tepi. Bukan dari hujung ke hujung, pusing-pusingkan arah fondant ikut mana selesa nak gelak. Cucuk gelembung udara dgn jarum supaya udara tak kembung. 

 

 

 

Bila dah nampak nipis tu bolehlah ukur. Ukur dan pastikan setiap arah ( panjang lebar dari kiri kanan dan atas bawah, dari bucu atas ke bucu bawah) sama panjang atau lebih dengan size kek kita ukur tadi. Yang kek Kekny tadi ukur 14 inci. Jadi ni fondant yang dicanai dapat 17 inci memang perfect dah!

 

 

Gulung macam ni. Kayu gelek lagi panjang lagi senang ada lebihan kayu tu untuk kita angkat..

 

Angkat kayu penggelek dan adjust fondant tu di tengah tengah kek, balance kan kiri kanan depan dan belakang, dan baru jatuhkan perlahan lahan fondant dari penggelek.

 

 

 

Ha macam ni, perfect labuh fondant kiri kanan depan belakang. Masa ni kena cepat. Labuh fondant yang lebih tu agak berat. Berat tu boleh menarik fondant atas terkoyak lalu melorot kebawah. Jadi tangan kena cepat. Potong kan dulu bahagia bawah fondant supaya berat dapat berkurang.

 

 

Trim supaya labuh dia kurang. Tak la berat dn menarik fondant bahagian atas tu. Kena buat cepat ya lambat-lambat nanti fondant koyak bahagian atas. Trim agak cover sampai cake board sahaja.

 

 

 

Terus pakai fondant smoother ni dan ratakan dan kemaskan. Dari atas ke bawah. Tarik fondant perlahan lahan supaya rata dan lekat elok.

 

 

 

 

Potong lagi jika ada lebihan lepas fondant melekat elok kat kek. Saya suka fondant tu lapik cake board sekali. Jadi saya potong sampai cake board.
 

 

Ratakan dan kemaskan bahagian atas pula. Tekan tekan fondant smoother sikit supaya kek didalam melekat elok.

 

 

 

Kemudian kita nak tajamkan bahagian edge kek. Cara nak  dapatkan sharp edge.. Kena guna 2 smoother ni. Tolak keduanya ke hujung edge kek, lalu membentuk tajam

 

 

Selain tu pastikan juga fondant atas cakeboard melekat elok. Sapu sedikit gam (CMC bancuh dengan sedikit air) pada cake board dan tekan fondant rapat ke cakeboard guna smoother.

 

 

Ok dah nampak lebih kemas kan!

 

 

Akhir sekali, trim kemaskan dan trim cantik-cantik ikut bentuk cakeboard. Dah siap boleh lah kita hias atau gamkan bunga bunga pula.

 

 

Ok nanti Kekny akan share cara buat hiasan bunga yang ringkas pula ya dan cara nak hiaskan dan susun bunga tu atas kek pula. Semoga tips Cara Balut Kek Fondant Cara Mudah  ni dapat menolong korang yang ada masalah nak hias kek fondant.

 

Kredit artikel: Blog Eny Abdullah


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]