Panduan dan Tip Tempahan Jahitan Pukal dan Borong!


Dibawah adalah sedikit panduan dan tip yang boleh dikongsikan bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil2an dengan modal yang minima untuk membuat tempahan pakaian secara pukal dan borong.

Tip 1:

Untuk memulakan sesuatu terutamanya bisnes pakaian, NIAT dan PERANCANGAN adalah perkara utama yang perlu ada. Sila betulkan niat anda dan perlu ada perancangan sekurang2nya anda tahu apa yang anda buat. Fokuskan minat anda dan banjiri diri dengan ilmu dengan membaca buku, majalah, surf internet, bertanya kepada orang yang betul dan yang arif, seminar, bengkel dan lain2 sumber yang kita mampu.

Tip 2:

Bisnes pakaian terbahagi kepada 2 kategori secara amnya. Pakaian yang sudah siap dengan berbagai design/fesyen dan pakaian yang kita design sendiri. Kalau yang sudah siap kita boleh beli dan terus jual. Kelebihannya sebab banyak design dan fesyen terkini yang boleh dipilih. Keburukkannya pula terpaksa ambil kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga borong dan terpaksa bersaing harga sebab peniaga2 lain juga menjual pakaian dan fesyen yang sama.

Oleh yang demikian biasanya pakaian siap ini kebanyakannya dibeli secara borong di luar negara kerana harganya jauh lebih murah dan jarang ada persaingan. Walaupun begitu, kos dan faktor lain seperti masa, tiket penerbangan, makan minum dan hotel perlu juga diambil kira. Cara lain ialah dengan design fesyen pakaian sendiri. Bagaimana nak bermula?

Tip 3:

Ikuti design/fesyen terkini melalui akhbar, majalah, internet, butik, kedai pakaian, pasar malam dan lain-lain sumber disekeliling anda. Kalau boleh ambil gambar, beli baju sampel atau contoh yang murah2 di pasar malam, uptown, jualan penghabisan stok, pakaian terpakai dan download gambar2 pakaian daripada internet dan sebagainya.

Dengan sebegitu banyak sumber yang anda perolehi, sedikit sebanyak anda boleh merekabentuk/design fesyen yang anda kehendaki dengan kos yang murah. Design anda tak perlu cantik pun. Warna pakai color pensil pun ok. Yang penting fesyennya unik, tak ada lagi dipasaran, sesuai dengan target market, cantik dan menarik.

Kalau ada duit lebih boleh upah pereka fesyen sambilan. Mereka juga menggunakan idea yang sama.

Tip 4:

Dah ada design sendiri, perlu cari material atau kain yang sesuai dan murah. Tambahkan ilmu anda berkaitan dengan kain, corak, padanan dan warna dengan mengunjungi kedai2 kain yang ada disekeliling anda. Jangan malu bertanya pada jurujual tersebut. Dapatkan kontak jurujual tersebut sekiranya ada promosi dan jualan murah. Belilah kain ditempat2 borong dan kedai kain yang sedang mengadakan jualan murah. Kena peka lah sikit bab sales murah2 ni.

Kalau ada duit sikit beli kain timbang kat luar negara sahaja. Tetapi perlu pandai pilih kain yang berkualiti dgn corak yang menarik sesuai dengan design dan fesyen yang akan dibuat.

Tip 5:

Bila semua dah ada, carilah tukang jahit yang sesuai dengan budget anda. Ada ramai tukang jahit kat majalah.com ni. Ramai yang berpengalaman dan mempunyai kelebihan masing2. Bolehlah survey2 dulu yang mana sesuai dan berpatutan. Biasanya untuk mendapat jahitan yang berkualiti sedikit harganya lebih sedikit. Perlu ditegaskan juga standard borong/pukal bukannya 100% sama seperti jahitan butik atau jahit satu2. Walaubagaimana pun kebanyakan penentuan harga jahitan pukal atau borong bergantung kepada beberapa perkara dibawah:

a. design dan fesyen yang akan dibuat samada senang atau rumit.

b. jenis material kain yang digunakan spt sutera, chiffon, batik, baldu, lycra dan lain2.

c. kuantiti yang akan dibuat 20psg, 50psg, 100 psg dan lain2.

d. saiz ready made xs, s, m, l, xl, xxl dan lain2.
 

Kredit artikel: Blog majalah.com

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]