Tip membuat kek


TIP MEMBUAT KEK

 

  • Apabila sudah mendapat resepi yang diinginkan, cuba semak dengan teliti bahan-bahan yang diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham, tanyalah pada yang arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mesin pemukul/pengadun, dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik (baking powder), sodium bikarbonat (baking soda) dan garam hendaklah digaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu sekiranya kita menggunakan bahan yang telah diayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
  • Ketika menunggu adunan dibakar, terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering menggaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yang menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan diruangan yang jauh dari suhu panas bagi mengelakkan adunan mencair.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan dikaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah disapu dengan mentega terlebih dahulu atau alaskan dasar loyang dengan kertas pembakar (baking paper).
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu disapu mentega pada tepi loyang, cukup sekadar sapukan pada dasar loyang dan alas dasar dengan kertas pembakar (baking paper) juga. Ini untuk mengelakkan kek renggang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum kek dimasukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang sebaik sahaja selesai dibakar. Sebaiknya tunggu kek benar-benar sejuk dan mantap barulah boleh dikeluarkan.
  • Kek  yang dikukus pula, perlulah dipanaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek ditutup permukaannya dengan kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang dibakar, pintu ketuhar tidak boleh dibuka pada 45 minit pertama proses memasak. Begitu juga bagi kek yang dikukus, tutup kukusan tidak boleh dibuka dalam tempoh tersebut. Ini untuk mengelakkan masalah kek bantat dan tidak menjadi.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dengan lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah dibakar sempurna.

 

 

 

Nota:

 

Tip-tip di atas adalah pandangan penulis berdasarkan pengalaman beliau membuat kek dan perkongsian daripada blog penulisan milik chef-chef terkemuka yang diikutinya.]

Kredit artiket: Blog Nota Kulinari

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]