Jenis-jenis jahitan tangan


1. Jahitan Kia

  • Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
  • Berikut adalah langkah jahitan kia:

  • Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum pada A dan keluarkan  jarum pada B dengan jarak  1 mm hingga 2 mm.

  • Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

  • Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.

  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.



2. Jelujur Halus

  • Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.
  • Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:

  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.

  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.



3. Jahitan Sembat

  • Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
  • Berikut adalah langkah jahitan sembat:

  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.

  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.



4. Jahitan Lilit Kemas

  • Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:

  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.
  • Jahit sehingga siap – matikan dengan jahitan kia.



5. Jahitan Lubang Butang

  • Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:

  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
  • Tarik benang dan susup di bawah jarum.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.



6. Jahitan Silang Pangkah

  • Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.
  • Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:

  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahitan kia.
  • Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.

  • Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
  • Matikan dengan jahitan kia.



7. Jahitan Insang Pari

  • Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.
  • Berikut adalah langkah jahitan insang pari:

  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
  • Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

kredit artikel: http://sifukreatif.blogspot.my/p/mata-jahitan-asas-tunjuk-cara-menjahit.html

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]