Tip tentang baking -bahan gula


TIPS TENTANG BAKING - BAHAN GULA

Memandangkan tidak lama lagi ramai yang akan bermula baking, saya ingin berkongsi sedikit tentang bahan bahan baking yang selalu di gunakan untuk membuat cake atau biskut. Saya mulakan dengan bahan GULA.

Gula memainkan peranan amat penting di dalam process membuat kek dan biskut. Jika sukatan gula di turunkan terlalu banyak dalam resipi itu, kek itu akan cepat bercendawan kerana gula ini merupakan salah satu bahan natural preservative dan juga "extending shelf life of a cake". Ianya membuat kek itu tahan lama dan tak cepat berbulu rosak. Gula juga melembutkan kek anda.

Ramai yang baru berjinak dengan baking selalu rasa agak binggung...gula yang mana sesuai untuk di gunakan? Mari kita semak tentang gula ya.

FINE GRANULATED SUGAR : Gula Halus

Gula ini sesuai untuk di gunakan untuk masak ataupun membuat kueh kueh traditional tetapi untuk membuat kek atau biskut, memang ini tidak akan memberi hasil yang agak memuaskan. Jika ianya di gunakan untuk kek kek yang halus dan lembut, kadangkala ianya akan membuat kek itu berbintik bintik berlobang seperti ada "bopeng" (pimple effect). Tapi ianya boleh di gunakan juga untuk membuat kek ya...cuma kurang cantik hasilnya.

Fine sugar ini sesuai digunakan untuk masakan atau membuat kastard juga.

CASTER SUGAR - Gula Kaster

Gula ini yang amat sesuai untuk membuat Kek, Roti, Biskut, Pastry dan segalanya. Ianya sangat halus dan mudah hancur apabila di pukul bersama puteh telor untuk di jadikan "meringue". Kek yang menggunakan gula kaster ini akan kelihatan lebih halus dan cantik. Untuk membuat roti juga, saya menggalakkan agar gula kaster di gunakan kerana ianya sangat halus dan mudah di bancur bersama bahan yang lain untuk mendapatkan roti yang lembut dan gebu.

COARSE SUGAR - Gula Kasar

Gula kasar ini akan memberi kesan yang ranggup bila di tabur di atas biskut seperti biskut butter cookies, biskut halia dan juga jika di tabur di atas roti sebelum di bakar.

Bagi saya pula, apabila saya ingin membuat gula hangus (caramel) untuk kek kukus (steam fruit cake), saya lebih suka menggunakan gula kasar ini kerana gula ini memakan masa yang lama sedikit untuk bertukar warna (caramelise). Jadi dengan sendirinya, gula itu akan menjadi sangat gelap dan sangat harum. Berbanding dengan gula halus yang akan cepat gelap sebelum keharuman caramel nya menjadi. Ini adakala membuat gula itu sangat pahit dan terlalu gelap.

Kecantikan dan keharuman kek kukus kita itu bergantung kepada warna gula hangus itu. Jika gulanya di hanguskan secara perlahan dengan menggunakan gula kasar, warna nya akan mendalam dengan perlahan juga tanpa rasa pahit. Tetapi bila kita menggunakan gula halus untuk membuat gula hangus untuk kek kukus, kita harus lakukan dengan cepat sekali...jika tidak cepat sangat gula itu akan hangus!

Untuk mereka yang tidak tahu bagaimana nak menggelapkan kek kukus anda, ada satu bahan yang boleh kita gunakan untuk mendapat warna yang hitam dan gelap dan agak harum. Bahan itu adalah Treacle (lihat gambar di sini.) Treacle ini adalah sejenis gula hangus yang menggandungi gula molases dan ianya membuat kek atau pudding kita berbau harum dan agak lembab. Golden Syrup juga tergolong dalam keluarga Treacle tetapi untuk mendapatkan warna hitam gelap untuk kek kukus, kita boleh gunakan Black Treacle. Mungkin dalam 2 atau 3 sudu makan dah cukup untuk memberi warna yang menarik. Tetapi jika anda ingin menggunakan Black Treacle, anda harus kurangkan gula sedikit pada adunan itu ya...takut terlalu manis pula nanti.

CONFECTIONER'S SUGAR : Gula Icing

Gula serbuk ini amat halus dan sangat sesuai untuk di gunakan untuk membuat biskut atau di tabur untuk hiasan sepert di atas kueh makmur, donut dan sebagainya.

SNOW POWDER - Gula salji

Berbanding dengan gula icing, gula snow powder ini tidak begitu manis dan amat sesuai bila di taburkan ke atas tarts atau biskut dan buah buahan untuk mendapatkan effect salji. Ianya tidak akan hilang meresap ke dalam kek atau biskut bila ianya di tabur ke atas nya. Ianya ada menggandungi sedikit cornstarch.

Baiklah setakat ini perkongsian saya tentang gula. Inshaa'allah saya akan sambung tentang gula perang, gula molases dan gula muscavado pula nanti ya. Saya harap perkongsian ikhlas saya ini akan memberi manfaat untuk mereka yang baru berjinak membuat kek dan kueh ya.

Kredit artkel: facebook Chef mastura

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]