LELAKI TERSELAMAT SELEPAS SEEKOR BERUANG MENYIMPANNYA SEBAGAI MAKANAN DI DALAM GUA


Alexander digambarkan sebagai ‘mumia hidup’ setelah dijumpai oleh anjing-anjing pemburu selepas sebulan dalam keadaan hampir mati.

Sumber menyatakan lelaki yang kurus dari Republik Tuva sebuah kawasan terpencil di Rusia itu seolah-olah disimpan seperti makanan dalam tin oleh seekor beruang coklat. Sekumpulan pemburu tempatan menjumpai Alexander selepas anjing pemburu mereka enggan meninggalkan kawasan gua tersebut. Salakan anjing mereka yang berterusan mendorong para pemburu itu untuk memeriksa di dalam sebuah sarang, di mana mereka menjumpai seorang lelaki yang hampir mati. Dia dikejarkan ke hospital tempatan dan telah didiagnosis dengan tulang belakang yang patah dan tubuhnya kelihatan teramat kurus.

Alexander mengingati nama pertamanya tetapi tidak mengingati umurnya dan dilaporkan berada di dalam sarang beruang selama sebulan. Dia juga hanya minum urinnya sendiri untuk terus hidup.

Dia kini dalam penjagaan intensif akibat mengalami banyak kecederaan dan kulit yang rosak.

“Dia boleh menggerakkan tangannya,” kata seorang doktor hospital tempatan.


Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada dia seorang pemburu, dan bagaimana pertemuannya dengan beruang itu berlaku. Dia berjaya menjelaskan bahawa dia diserang dan diseret ke dalam gua sehingga tulang belakangnya patah. Serangan itu berlaku sebulan lalu, kata Alexander.

“Beruang itu menyimpan saya sebagai makanannya,” jelas Alexander.

Sebuah video yang dirakamkan di hospital tempatan menceritakan bahawa lelaki itu berubah umpama ‘mumia hidup’ dengan tisu-tisu badan yang membusuk selepas dia tidak bergerak untuk sekian lama. Paramedik tempatan mengatakan mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana lelaki itu selamat dari kecederaan tersebut.

Sumber: Seberiantimes.com, Google

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]