JIKA NAK SELALU DITOLONG ALLAH - KHAIRUL HAKIMIN


Jika nak selalu ditolong Allah, lakukan ini kawan-kawan:

 

1.  Banyakkan syukur sama ada sedang senang atau sedang susah. Kesenangan adalah hadiah dan kesusahan adalah ujian. Kedua-duanya perlu bersabar dan bersyukur.

2. Terus menolong tanpa peduli kata orang. Jika nampak perkara yang wajar dibantu, terus sahaja bergerak dan berbuat.     

3. Ada sedikit, hulurlah sedikit. Ada banyak, hulurlah banyak. Memberi, hadiah, dan bersedekah adalah amalan yang membuka banyaknya pintu-pintu rezeki.

4. Sama sekali tidak menyakiti orang lain. Sedetik tersusah atau tidak sengaja mengguris hati orang, boleh jadi doanya yang kecil itu dibawa naik berjumpa Tuhan.

5. Banyak-banyak melihat wajah ibu bapa, bantu mana yang mampu dan sering sahaja membaca al-fatihah walau mereka masih hidul atau telah pun pergi. Doakan kebaikan dan sentiasa berlembut dengan mereka walau apa yang sedang terjadi.

6. Berkawan dan sentiasa ikhlas dalam hubungan. Susah senang sama-sama. Sesungguhnya yang bersahabat kerana Dia itu adalah sebuah tali kasih sayang yang Allah suka.

7. Suka membantu, ziarah, berdoa buat keluarga, adik beradik, ipar duai, mentua, anak saudara, sepupu sepapat dan sebagainya. Mereka ini adalah ahli terdekat dan perlu diutamakan.

8. Sering berbahagi rezeki. Untuk kakitangan, untuk makan-makan dan selalu sahaja ada sedikit untuk begitu begini di mana-mana.

9. Banyak-banyak bersederhana dalam bercakap. Lebih suka mendengar, belajar dan ambil sebagai ilmu pengetahuan dari sibuknya nak bersembang dan angkat diri sendiri. Mendapat ilmu adalah sebuah rezeki dari Allah.

10. Sentiasa memberi hadiah kepada pasangan. Isteri atau suami adalah hiburan yang menyenangkan. Jika kita menyusahkan, memberi perit dan sentiasa menghulur resah, maka jaranglah Allah mahu menambah hadiah, memberi barokah dan membuka pintu rezeki ke rumah.

Begitulah. Nak Allah tolong kita, kita kena tolong diri sendiri dahulu. Kita selalu rasa kita sudah banyak berusaha, namun boleh jadi semua yang disusun di atas kita tidak berbuat dan kita berfikir kenapalah belum lagi Allah mendengar doa kita. Maka, berusahalah lunaskan 1-1 ya. Semoga bermanfaat kawan-kawan.

 

Khairul Hakimin Muhammad,
Di Toko Buku Rezki Barokah, Jakarta.

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]