8 Kegunaan Kertas Carik / Cebisan Kertas


Kita mencarik kertas untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan perniagaan daripada kes kecurian identiti dan perisikan korporat. Mencarik kertas juga merupakan satu cara untuk melindungi maklumat sulit hal-hal perubatan dan kewangan. Ia adalah suatu kebiasaan untuk mana-mana bidang perniagaan untuk mengumpulkan jumlah kertas yang banyak untuk di carik. Secara umumnya, kertas yang dicarik akan dihantar ke kilang kitar semula. Apabila pilihan ini dilakukan, ia adalah penting untuk mengetahui sama ada kemudahan yang dimiliki oleh kilang mampu atau tidak untuk mencampurkan kertas carik dengan bahan-bahan seperti sedikit plastik dan jenis-jenis sampah sarap yang lain. Di sini disertakan beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan dengan kertas carik.

KONFETI / PENGISIAN

Gunakan kertas carik sebagai konfeti. Ini amat mudah dilakukan dengan menggunakan pemotong kertas carik. Anda akan dapat menjimatkan wang untuk urusan yang lebih penting selain menggunakannya untuk tujuan konfeti. Kertas carik juga boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan daripada pengisian kostum hingga ke bantal.

PEMBUNGKUSAN MATERIAL DAN BAHAN

Daripada membeli kertas pembungkus yang bergelembung atau berbagai material pembungkusan yang lain untuk melindungi barang yang rapuh dan mudah pecah semasa penghantaran, adalah lebih baik menggunakan kertas carik. Ia amat berkesan dan suatu alternatif yang murah.

ALAS DAN LAPIK UNTUK TEMPAT TIDUR HAIWAN PELIHARAAN ATAU SANGKAR BURUNG

Binatang peliharaan anda akan merasa sangat selesa di atas tempat tidur kertas carik yang lembut. Jika anda mempunyai binatang bersaiz kecil seperti gerbil, burung, guinea pigs atau hamsters, kertas carik juga boleh digunakan untuk sangkar dan kandang sebagai pengalas atau penyalut.

BARANGAN UNTUK CENDERAMATA

Jika anda mempunyai berbagai-bagai warna kertas carik, anda boleh menggunakannya untuk mengemaskan lagi kotak pemberian anda. Isi ruang-ruang yang kosong dengan kertas carik yang berwarna sebelum meletakkan hadiah anda ke dalam kotak atau beg. Kertas carik ini bukan sahaja memberikan sentuhan yang menarik, tetapi ia juga meletakkan posisi hadiah anda ditempat yang sepatutnya.

UMPAN UNTUK MENYALAKAN API

Kertas carik amat senang bertindak balas sebagai bahan bakar. Jadi ia amat mudah digunakan untuk menyalakan api. Tetapi berhati-hati apabila menggunakannya untuk tujuan ini. Jumlah yang kecil adalah amat ringan dan membolehkannya hanyut, membawa api ke tempat lain.

PENYUNGKUP

Penyungkup sering digunakan sebagai pelindung untuk memelihara tumbuh-tumbuhan daripada kondisi persekitaran yang ekstrem. Organik seperti tanah baja dan daun akan dipotong menjadi cebisan-cebisan kecil dan diletakkan di atas tanah. Kertas carik boleh digunakan sebagai penyungkup. Sebelum menyungkup, pastikan anda tahu cara yang betul untuk melakukannya. Ingat, apabila penyungkup adalah terlalu tebal, ia tidak akan membenarkan sinaran matahari dan udara yang cukup untuk sampai ke tanah. Ini akan mengakibatkan kepada pembentukan fungus atau kulat. Ia juga mengakibatkan pereputan pada bahagian bawah akar sesuatu tumbuhan.

BAJA

Kertas carik adalah benda organik dan ia akan luput di suatu masa, terutamanya apabila ia ditanam bersama tanah. Bukan itu sahaja, malah banyak jenis haiwan yang suka memakan berbagai-bagai jenis material kertas. Haiwan seperti cacing merah akan memakan kertas dan proses ini akan menyebabkannya bertukar menjadi baja.

Kredit: Renown gift

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]