5 Tips Untuk Buat Kek Kegemaran Korang Mengembang


Nak buat kek memang bukan mudah. Dah tentu kali pertama tu ada je yang tak kena. Mungkin tak cukup rasa atau texture tak betul. Salah satu masalah yang juga kerap berlaku ialah kek tak mengembang. So macam mana nak solve masalah ni? Jom, kita cari solution!

1. Pastikan Kesesuaian Bahan

Memang bahan ada pelbagai jenis dan mudah dicari. Tapi kena make sure kita beli apa yang diminta oleh resipi sedia ada. Kalau kita sesuka hati ubah bahan yang ditetapkan, mungkin kek korang takkan kembang. Sebagai contoh adalah penggunaan tepung. Tepung ada banyak jenis dan kalau korang tukar jenis tepung daripada tepung yang telah ditetapkan, kemungkinan hasilnya juga akan berubah.

2. Guna Bahan Segar

Selain bahan tu sesuai ke tak, point yang penting juga ialah sama ada bahan itu segar atau tidak. Kalau guna bahan lama, mungkin performance bahan tu kurang. Korang kena check dulu bahan sebelum start buat kek. Nanti kang final product mengecewakan, sia-sia je usaha korang.

3. Bahan-Bahan "Room Temperature"

Seterusnya, suhu bahan-bahan korang juga main peranan penting. Sebelum start apa-apa, keluarkan dulu semua bahan yang patut dari peti ais dan biarkan atas meja. Elak gunakan bahan macam telur dan mentega betul-betul lepas keluar dari peti ais. Ini akan effect final product korang. 

4. Gunakan Sukatan Yang Betul

Sekali lagi pasal bahan (banyak pulak kan), satu lagi aspek yang perlu dijaga ialah sukatan. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Apabila dah cedok tepung tu, buang lebihan di atas sebab tu dah menjadi lebihan. Ingat ye, tak boleh kurang atau lebih!

5. Jangan Mengaduk Adunan Terlalu Lama

Biasanya kalau rujuk resipi, details-details kecil macam masa mengaduk dah ditulis. So pastikan korang ikut arahan tu. Kalau terlalu lama mengaduk, mixture korang akan jadi terlalu cair. Dia tak boleh terlalu cair. Dia ada texture yang tertentu yang orang kata "just right". Selain itu, masa korang mengaduk, mula dari paras rendah dan kemudian naik ke atas. Tujuannya adalah untuk ratakan mixture.

So itu lah dia sedikit sebanyak nasihat untuk korang buat kek mengembang dengan berjayanya. Andai kata tak berhasil? Tak apa, teruskan mencuba. Kita takkan berjaya tanpa gagal terlebih dahulu. Selamat mencuba dan semoga berjay

 

kredit: Blog My resipi

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]