JANGAN SEMBARANGAN AMBIL GULA-GULA HIMALAYA


 

Mohd Khairul Azuan, pakar diet

 

Mesti ramai yang suka makan gula-gula Himalaya ni kan? Kadang-kadang sampai habis stok kat kedai. Rasa masin manis. Namun, dalam keseronokan menghisap gula-gula ini, anda kena tahu fungsi sebenarnya. Perkongsian pakar diet, Mohd Khairul Azuan, gula-gula ini bukan diambil suka-suka untuk menggantikan gula-gula biasa. Gula-gula Himalaya ini hanya diambil oleh orang tertentu.

 

Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai.

Saya mahu beri sedikit info berkenaan 'sport candy' ni.

Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi 'sihat' hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodium nya adalah lebih kurang sama sahaja!

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?

👉🏼 Mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh

👉🏼 Mereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang

👉🏼 Mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah

Menurut beliau lagi, orang yang mempunyai penyakit darah tinggi, masalah jantung dan buah pinggang tidak dibenarkan mengambil gula-gula ini.

 

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil.

Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg.

Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

- Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

- Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%

- Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%

- Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini.

Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak.

Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos.

Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

Perkongsian beliau di paparan FB, telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan dikongsi di platform lain. Ada yang sudah tahu dan ada yang baru tahu. Dan jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh terus ke FB Mohd Khairul Azuan.

JANGAN AMBIL SEBARANG RISIKO!

 

 

 

 

 

Jadi, kalau anda bukan dalam kategori yang disebut tadi, harap fikir-fikirlah ya. Cegah awal sebelum parah. 

Mohd Khairul Azuan
Dietitian

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]