Barangan Dapur Yang Wajib Ada Kalau Nak Kurus


Kadang-kadang kita cuba untuk diet. Betul-betul kawal diri sewaktu nak makan dan mendisiplinkan diri untuk bersenam. Walaupun begitu, still ramai yang kecewa dengan hasil usaha mereka. Korang mesti tertanya-tanya, "apa yang aku buat salah?". Mungkin ia terletak pada jenis makanan yang korang ambil. Ini antara langkah dan barangan dapur yang diperlukan kalau nak kurus dengan cepat.

1. Utamakan "Real Food"

Masa shopping tu, elakkan pilih makanan dalam tin. Memang betul makanan tin lagi murah tapi kalau korang punya aim nak turunkan berat, seelok-eloknya pilih makanan segar. Makanan jenis "real food" kalau makan dalam kuantiti yang betul, membuahkan hasil yang cukup memuaskan.

2. Baca "Nutrition Facts"

Semak semua info yang diberi kat bahagian ni. Memang banyak nak baca tapi ini untuk pastikan apa yang korang beli sesuai dengan diet. Bandingkan dulu lemak, gula dan sodium dengan produk lain. Kemudian pilihlah yang paling sesuai dengan korang.

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitan ni semua serba boleh. Nak jadi dressing, untuk goreng atau untuk cicah pun okay. Tapi kalau nak goreng tu, ada tahap dia lah yang dia boleh panas. Kalau terlebih pulak, akan merosot kualiti dan khasiat dia. So waktu nak panaskan dan goreng, kena alert!

4. Garam

Sebaiknya guna garam bukit daripada garam biasa. Garam bukit mengandungi lebih banyak mineral. Tapi jangan letak banyak pula. Garam tu stlll masin. So guna dalam secubit je. Hanya untuk menambah rasa.

5. Dressing Salad

Ramai yang tak suka salad mungkin sebab rasa dia agar "hambar" atau tawar. So dressing ni sangat lah penting dalam menambah perisa kepada salad korang. Ia akan menggalakkan korang untuk makan lebih. Tapi tak boleh tamak lah penggunaan tu. Letak dalam satu sudu sahaja untuk satu hidangan.

Harap-harap korang dapat manfaat daripada list ni. Ingat, nak dapat body goals tu bukan senang. So usaha tu sangatlah penting. Bak kata orang, "beauty is pain". 

Kredit: Blog My resipi

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]