Nasi Popular Yang Rakyat Malaysia Pasti Tahu


Nasi adalah satu kewajiban untuk rakyat Malaysia. Tak complete sehari makan kalau tak makan nasi. Dari sarapan pagi, hinggalah makan malam, mesti ada nasi dalam hidangan. So sini dikongsi beberapa jenis hidangan popular yang korang pasti dah makan.

1. Nasi Goreng Kampung

Siapa je tak suka nasi goreng kampung ni? Hidangan paling standard yang kita boleh makan walaupun tak de selera atau tak tahu nak makan apa. Jarang nak muak kalau bab nasi goreng kampung. Ada juga yang tambah rasa dengan letakkan sos tomato atau cili.

2. Nasi Lemak

Kalau Malaysia ada nasi rasmi, status itu mungkin diberi kepada nasi lemak. Hidangan nasi yang cukup ikonik untuk rakyat Malaysia. Mood tak kena kalau tak makan nasi lemak untuk sarapan pagi.

3. Nasi Ayam

Hidangan yang tak perlu hari istimewa untuk dihidang. Hidangan simple nasi, ayam, timun, tomato dan salad yang cukup lazat. Tambahan sos kicap dan sup menambah lagi rasanya.

4. Nasi Tomato

Ia antara nasi favourite Admin juga. Rasa tomato dan herba nasi ini membuatkannya enak dimakan walaupun begitu sahaja tanpa lauk atau kuah. Bayangkan kalau ada lauk. Lagilah sedap!

5. Nasi Minyak

Ini dia, nasi rasmi kenduri. Tak jalan kenduri kalau tak de hidangan ni. Dihidangan dengan macam-macam jenis lauk sewaktu kenduri. Tak de masalah dari segi rasa!

Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak pilihan untuk makan terutamanya bila pilih nasi. Takkan bosan selera makan. Hari-hari boleh makan nasi lain jenis!

Kredit: Blog my resipi.com

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]