Sulaman Benang – Apakah Asas Kepada Seni Sulaman Ini?


Sulaman benang juga dikenali dengan sulaman tangan, sulaman benang halus tangan dan juga seni jahitan benang. Sulaman ini mempunyai nilainya tersendiri kerana ia unik. Ini kerana jika ia dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman pastinya, mereka dapat menghasilkan seperti sebuah lukisan minyak yang cantik. Namun, jika mereka yang kurang mahir, dengan hanya menghasilkan rekaan bungaan tabur pun sudah memadai kerana mempunyai pelanggan yang menyukainya.  Jika negara kita mengangkat songket dan juga tekat sebagai hasil tenunan tangan yang dikomersialkan, negara-negara barat pula mengangkat sulaman benang ini sebagai hasil tenunan tangan yang diminati ramai. Sebab itulah saya katakan tadi sulaman benang ini mempunyai nilainya yang tersendiri.

Ketahui Apakah Asas Kepada Sulaman Benang?

 

Dalam anda mengenali sulaman benang ini, pastinya anda ingin mengetahui apakah yang menjadi asas kepada sulaman benang ini. Ini kerana setiap hasil sulamannya boleh dipelajari secara mudah iaitu dengan hanya menggunakan teknik bullion untuk menghasilkan sebarang motif bunga. Dengan teknik ini ia boleh dikembangkan lagi mengikut citarasa anda. Selain itu juga, anda boleh cantikkan rekaan anda dengan sulur dan juga daun.

Cara Menyulam Teknik Bullion Dalam Sulaman Benang

Secara ringkasnya, teknik bullion ini mudah sahaja dihasilkan dengan hanya menggulung benang pada jarum anda mampu untuk menghasilkan kelopak bullion yang cantik. Apabila kelopak bullion ini digabungkan, ia akan menghasilkan rekaan bungaan yang cantik selaras dengan motif yang anda ingini. Tidak kira apa jua motifnya sekalipun, sama ada ia berbentuk leper, bulat, lonjong, bergeligi dan sebagainya, kesemuanya boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan teknik bullion sulaman benang ini.

ika anda ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang tutorial cara menyulam sulaman benang ini dengan betul dan mudah, anda boleh mempelajarinya bersama kami di Akademi2u.com kerana pembelajarannya mudah untuk anda fahami dan diajar secara jelas. Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan masa anda untuk menghasilkan rekaan sulaman benang halus tangan yang cantik yang lahir daripada hasil rekaan anda sendiri. Selamat mencuba!

Kredit : Akademik2u

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]