Petua Simpan Roti Agar Tahan Lama


Roti merupakan satu jenis makanan asas kita. Malangnya ia tidak tahan lama kalau ingin disimpan. Kalau kita beli roti yang dah siap dipotong, mungkin dia tahan dalam dua hari. So macam mana nak simpan roti so dia bukan sahaja tahan lama, tapi juga segar?

1. Jaga Suhu 

Jangan biarkan korang roti tu ditinggalkan di kawasan suhu bilik (20°) lebih dari dua hari. Kalau korang duduk di tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi, bekukan roti itu untuk mengelakkan kulat bertumbuh.

2. Balut Roti

Plastik atau aluminium dapat memerangkap roti korang dengan kelembapannya. Elakkan guna beg kertas kerana udara berlebihan dalam beg itu dapat mengeringkan roti.

3. Letak Dalam Freezer

Bukan peti ais okay tapi freezer. Ini cara paling selamat lepas korang dah tak sentuh roti itu. Dalam freezer, roti akan menjadi keras macam batu di mana ia selamat untuk disimpan untuk masa yang lama. Waktu nak makan, cuma panaskan je dalam oven atau toaster.

4. Bread Box

Untuk solution masa panjang, belilah bread box. Kotak khas untuk menyimpan roti. Bread box yang sangat berkesan dibuat dari logam tapi versi kayu juga berbaloi kalau nak yang murah sikit.

5. Cara Panaskan

Kalau roti yang dah beku tak nampak fresh, panaskan dalam microwave selama 10 saar berlapitkan tuala kertas lembap sebelu masukkan dalam oven atau toaster. Kaedah ini akan melembutkan bahagian dalam roti.

Semoga cara-cara ini memberi manfaat kepada korang. Yang penting, kita tak suka pembaziran

Kredit: Myresipi

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]