CARA MAKAN COKLAT YANG MEMUKAU


CARA MAKAN COKLAT YANG MEMUKAU

Dari FB Erman Taib, beliau menulis tip makan coklat yang betul yang diperoleh daripada Chef Amer seorang, seorang pakar coklat.

Rupanya selama ini, kita salah cara makan coklat. Kalau ikut cara "old school" kita,

Langkah 1 - Beli
Langkah 2 - Buka bungkusan
Langkah 3 - Patahkan kecil
Langkah 4 - Masuk mulut
Langkah 5 - Kunyah sampai habis

Iye betul. Semudah tu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokelat, dan tak pernah tahu beza coklat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.
Baik. Ini Legendary Chef Amer berhati mulia kongsikan cara betul makan cokelat.

Nah baca perkongsian beliau.
1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate.

2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.

3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.

4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.

5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.

6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.

7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.

Chef Amer


Selamat menikmati coklat semua. Semoga hari "cheat day" hari ni diserikan lagi dengan makan coklat yang betul.

Kredit : Erman Taib

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]