5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik


Salam semua, Ada sekali terpost gambar kek batik seperti di atas, ramainya berpusu komen cakap potongan cantik dan kemas. :D. Ada yang tanya macam mana nak potong kemas dan cantik. Makin kembang senyum kita, makin kembang pipi ni jugak. Dulu, tak pandai juga nak buat kek batik, asyik comot jerr terutama sekali bab potongan.
Terfikir - fikir la jugak macam mana nak nampak potongan cantik kemas dan bersih kek batik tu.

Kek Batik Malaysia Yang Paling Senang Nak Buat 

Ramai kan peminat kek batik. Sis pun tak tahu asal - usul kek batik ni macam mana. Yang tahu mat saleh buat mereka cakap ni "Malaysian lazy cake". Ambik siap lazy cake lagi. Kita tahu makan jer dan buat. Kenapa dipanggil kek batik ?

Adakah coraknya seperti batik ya. Sebab bahan pun mudah, guna biskit marie sahaja. Lagipun, cara penyediaan nak buat pun mudah. Tak payah pakai oven, tak payah bakar. Resepi kek batik pun ada 2 jenis. Ada yang letak telur dan ada yang tak letak telur.

Ada yang letak milo, ada yang letak serbuk koko. Sebenarnya, yang mana satu pilihan korang antara milo dan serbuk koko. Kalau sis, memang pilih serbuk koko. Tapi ada juga resepi sis guna milo. Saja nak cuba. Tapi lebih suka letak serbuk milo.

Gambar di bawah antara kek batik yang sis buat ya, walaupun resepi sama cuma yang ada kelainan letak nestum. Memang buat kek batik tak letak telur. Ada 2 versi yang buat, tak letak telur tapi dalam bahan kek batik ada nestum. Ada juga yang tak letak nestum. Kedua - duanya pun sedap.

Letak nestum ni pun rasa sedap juga. Terpulang untuk korang semua. Tapi resepi dah ada banyak dah dalam blog. Kek batik nampak mudah tapi ada juga yang ada masalah semasa nak potong tu, katanya kek batik macam lembik dan cair.

Jom nak kongsikan macam mana tips nak bagi potongan kek batik kemas dan cantik, sudah tentu tak nak comot juga kan. Ikut cara sis ya, sebab ada yang letak baking paper buat alas.

Ada juga yang guna kertas timah. Sis guna cling wrap sebab senang nak tekan dengan sudip kat permukaan atas.

Ikut 5 Tips Ini Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik 

1. Pastikan alas dengan cling wrap di dalam bekas  Pastikan juga  lebihkan cling wrap bahagian luar bekas
2. Kemudian letak adunan kek batik ke dalam bekas, ratakan sekejap dalam bekas
3. Yang ini lah peranan penting, letak cling wrap lagi sekali atas permukaan kek batik, pastikan ke semua ruang ditutupi dengan cling wrap
4. Kemudian, ambil lah sudip bersih yang lain atau apa - apa alat yang boleh dibuat untuk tekan, tekan permukaan atas tersebut semampat mungkin. Faham ke tak bahasa ni hii.. Sebab permukaan atas dah ditutup dengan cling wrap, jadi sudip tu tak kotor.
5. Simpan dalam peti semalaman, esok ambil keluarkan dari peti, buang cling wrap permukaan atas, kemudian guna pisau yang tajam untuk potong. Pastikan lepas keluarkan dari peti, potong terus jangan tinggal lama sangat takut kek batik jadi lembut sikit, potongan tak kemas dan mungkin comot.

Ada juga yang tanya, kalau nak keluarkan terus dalam peti nak potong  kek batik terus, kek keras macam batu, kalau guna pisau yang tajam rasa tak ada masalah. Kalau ikut cara sis, kalau memang dah keluarkan dari peti terus potong, tak nak tunggu lama.

Itu sahaja lah 5 tips macam mana untuk dapatkan potongan kek batik cantik dan kemas macam gambar. Disebabkan buat kek batik tak ada telur, kadang- kadang dalam 2 hari juga simpan dalam peti.

Kemudian baru nak potong. Tapi makin lama dalam peti, bila potong, lapisan kek batik makin cantik, sebab biskut makin kembang. Nanti, korang cuba ya.

Boleh baca  Resepi Kek Batik Nestum Mudah untuk langkah bergambar.

Jemput tonton video di bawah,  cara sis nak mampatkan kek batik biar kemas dan tak comot. Kek batik ni lembut, sis suka. Simpan lama dalam peti pun tak apa.
 

Kredit: blog wani sukarno.com

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]