Jahitan Asas - Jahitan Kekal


  1. Jahitan kekal terdiri daripada:

  1. Jahitan ini digunakan untuk menyamabung dua atau lebih helaian kain. Selain dari itu, ia juga digunakan untuk menetapkan kelepet dan lipatan serta mengemas tepi kain.
  2. Oleh kerana jahitan ini kekal, benang yang digunakan mestilah sama dengan warna kain.



Jahitan kia

  • Gunakan warna benang yang sama warna dengan warna fabric.
  • Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.
  • Jarak mata jahitan antara 3-5mm.
  • Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
  • Jahitan ini kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar dan jahitan batang di sebelah dalam.
  • Jahitan kia juga digunakan untuk:

          + menyambung kain
          + menggantikan jahitan mesin
          + memula dan mematikan jahitan
          + jahitan perhiasan
 


Jahitan sembat

  • Jahit sembat dimulakan dari kanan ke kiri.
  • Jahitan ini dijahit menyerung pada sudut 30°.
  • Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia dibawah lipatan.
  • Jahitan sembat adalah jahitan yang teguh, halus dan sekata.
  • Ia boleh dilihat dari sebelah luar.


Jahitan sembat susup

  • Jahitan sembat susup dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam kain.
  • Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia di bawah lipatan.
  • Ambil sedikit fabrik serapat yang boleh dengan tepi berlapis.
  • Tarik jarum keluar kemudian terus susupkan jarum di dalam lipatan dengan jarak 0.5cm.
  • Jahitan ini sangat kemas sehingga tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
  • Jahitan ini tidak sekukuh jahitan sembat.


Jahitan silang pangkah

  • Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahit kia ke atas sedikit dari lipatan kain.
  • Jahit satu mata jahitan seperti jahit sembat pada selapis fabric di bahagian bawah lipatan, tarik jarum di bawah hujung jahitan kia yang dibuat terlebih dahulu tadi.
  • Buat mata jahitan barikut pada dua lapisan kain di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama.
  • Ulang jahitan sehingga siap.
  • Jahitan silang pangkah digunakan:

          + untuk melekatkan kelepet fabrik

          + sebagai jahitan perhiasan

 

Kredit: Blog Jom kongsi nota

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]