Jahitan Asas - Penyudah Tepi


  1. Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan.
  2. Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:


Kelepet

  • Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam.
  • Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.
  • Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm.
  • Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.

 

Kun

  • Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap.
  • Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu.
  • Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus.
  • Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

Renda

  • Renda adalah sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik kapas, linen atau nilon.
  • Renda sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian dalam, pakaian tidur dan artikel.
  • Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan mesin.
  • Pilihan renda mestilah sepadan dengan warna fabrik dan jika berwarna meatilah tidak mudah luntur.
  • Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan mesin.

 

Lapik

  • Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik, artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.
  • Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.

Kredit: Blog Jom kongsi nota

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]