7 JENIS KAIN TELEKUNG TERCANTIK


Pemilihan jenis fabrik yang sesuai untuk membuat telekung memerlukan ketelitian dan pemahaman sifat kain.Ini kerana, ia akan menentukan sama ada selesa,dan mudah dipakai semasa solat dalam keadaan cuaca panas atau cuaca yang tertentu 4 musim   di luar negara.

Ciri-ciri fabrik  telekung  idaman wanita:

  • sejuk walaupun iklim cuaca panas
  • tidak berbau apabila dibasahi peluh
  • tidak melekap sehingga nampak bentuk badan
  • Tidak jarang yang boleh menampakkan bayangan leher
  • mudah kering apabila dijemur
  • Labuh telekung tidak terlalu panjang ataupun pendek
  • Tidak berbulu atau tertarik benang walaupun dibasuh banyak kali
  • Sentiasa nampak baru tidak lusuh
  • Kemas licin tidak kusut walau pun tidak disterika
  • mudah dibawa kemana-mana
  • berpoket dan boleh menyimpan paspot,cermin mata , dan barang seumpamanya

MARI KITA KENALI JENIS-JENIS FABRIK POPULAR

COTTON

Kain cotton di perbuat daripada serat kapas. Ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia . Biasanya sesuai  untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Kapas  didapati dari pokok kapas . Kain cotton merupakan kain yang paling bagus di antara pelbagai jenis kain yang lain.  Ketahui perbezaan dan kelebihan kain cotton serta beberapa jenis kain cotton yang lain . Kain cotton merupakan fabrik yang diperbuat 100% cotton asli tanpa campuran bahan lain seperti polyster, viscose, vatin dan sebagainya.

Kandungan cotton yang padat memberikan keselesaan yang baik kepada pemakai. Penggunaan kain cotton ini juga akan memberi pengudaraan yang baik kepada kulit si pemakai dan yang penting ia sesuai untuk semua peringkat usia.

Kaedah menenun kain cotton juga adalah begitu baik dengan tenunan benang 40 x 40 melintang dan menegak. Ciri-ciri kain cotton, tidak terlalu jarang dan tidak terlalu nipis. Hal ini sekaligus membantu si pemakai tampil dengan lebih yakin untuk menggayakan pakaian daripada cotton ini berbanding kain jenis lain.

Selain itu, kain cotton ini lembut dan tidak kasar pada permukaanya memudahkan ia untuk dibasuh dan digosok. Walaupun begitu, kain cotton tidak berkanji dan tidak mengecut selepas dicuci. Harga yang mampu milik menjadikan kain cotton ini amat popular di Asia seperti Malaysia,Indonesia,Vietnam dan Thailand. Pelbagai corak warna yang menarik minat wanita untuk digayakan dengan pelbagai fesyen.

ciri – ciri lain kain cotton
⦁    nyaman dan mudah menyerap peluh saat digunakan
⦁    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
⦁    kain mungkin rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
⦁    kesan noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci  detergent.
⦁    boleh dicuci atau di dry clean
⦁    tidak mudah kusut saat dicuci
⦁     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.

Tips Untuk Menjaga Kain Cotton

  • Basuh terlebih dahulu kain cotton tersebut sebelum dijahit.
  • Cuci kain cotton menggunakan cucian tangan.
  • Jemur kain cotton di tempat yang redup.
  • Mengibas kain cotton sebelum disidai adalah cara yang bagus untuk mengelak kain cotton tersebut menjadi kedut.
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mempunyai bahan peluntur ketika mencuci kain cotton.
  • Ketika menggosok kain cotton tersebut pastikan anda menggunakan suhu setrika yang sederhana.

Jenis-jenis kain cotton

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)


Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus iaitu:

⦁     dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
⦁    daya menyerap keringat lebih bagus.
⦁    harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
⦁    permukaan kain lebih halus.
⦁    warna lebih awet dan tahan lama.

  •     sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya
  • warna yang cantik dan corak yang lembut ,menarik.
  • Warna putih sangat istimewa dicipta khas untuk dibuat telekung

ii.      Cotton Paris

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
⦁    permukaan kain lebih mengkilap.
⦁    harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
⦁    daya serap keringat paling rendah.
⦁    warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

iv.   Cotton minyak


Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).
⦁     harga sama dengan cotton biasa.
⦁    daya serap keringat yang baik
⦁    kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

v.  Cotton biasa

⦁    motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁     harga lebih murah.
⦁    daya serap keringat sederhana bagus.
⦁    warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun


 2.             JACQUARD

Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit

3.             CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.

4.             RAYON

Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.

5.             KAIN ORGANZA

Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.

6.             KAIN CHIFFON 

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.

Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

  • Chiffon Sutera

Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

  • Chiffon Goldline

Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

  • Chiffon Georgette

Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.

Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

  • Double Chiffon

Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

  • Chiffon Plain 

Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)

Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

  • Chiffon Paisley

Mempunyai motif bercorak paisley.

  • Chiffon Tribal

Mempunyai motif bercorak tribal

Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.

7.             KAIN SATIN

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

8.             POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.

Antara ciri-ciri lainnya :

⦁        Bahan terasa panas dibadan.
⦁    Tidak menyerap keringat.
⦁    Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
⦁    Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
⦁    Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

9.             SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.

Antara ciri-ciri lainnya :
⦁    Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
⦁    Menyerap keringat
⦁    Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

10.         VISCOSE

Antara ciri – cirinya:
⦁    Terasa lembut dan dingin di kulit
⦁    Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
⦁     Menyerap keringat
⦁    Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam
⦁    Boleh dicuci atau di dry clean
⦁    Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent

11.         LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

Antara ciri-ciri lainnya :
⦁    Bahannya kaku dan dingin.
⦁    Permukaan kain agak kasar
⦁    Menyerap keringat.
⦁     4x lebih lasak dari cotton
⦁    Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
⦁     Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12.         SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH

Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

Jenis-Jenis Kain Yang Sesuai Untuk Dijadikan Telekung

Telekung boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kain tetapi kita harus memilih yang betul-betul selesa bukan sekadar cantik dipandang mata TETAPI UNTUK DIPAKAI JANGKA MASA YANG LAMA.

Di sini kita lihat senarai fabrik yang  terdapat di pasaran

COTTON JEPUN, COTTON PARIS, COTTON ROSELLA, COTTON POLINO, SEMI SUTERA, SATIN SUTERA dan PARASUITCOTTON POLINO

Kain cotton bermutu tinggi  sering digunakan untuk membuat telekung di Malaysia. Ia agak tebal dan berat sedikit. Namun ia sedikit licin dan sejuk. Putih bersulam sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin pergi mengerjakan ibadah umrah atau haji .

COTTON JEPUN


Kain yang menjadi pilihan no 1  kaum wanita  golongan dewasa kerana ia paling berkualiti, lembut dan agak ringan serta senang diuruskan dari segi penjagaannya dan sangat selesa dipakai walaupun iklim yang agak panas tetapi apabila melekap di badan ia akan terasa sejuk dan sangat nyaman .

COTTON PARIS


Ianya sangat halus dan ringan. Kain ini biasanya dihiasi sulaman diseluruh bahagian kain . Agak berkedut namun sejuk dan selesa dipakai.

COTTON ROSELLA


Lembut, licin dan ringan. Paling banyak digunakan untuk pembuatan telekung masa kini kerana materialnya yang selesa dan tidak berkedut.

SEMI SUTERA

Lembut, licin, ringan dan kelihatan agak berkilat. Cantik dihiasi sulaman bunga berwarna-warni. Sejuk dan selesa dipakai.PARASUIT
Kainnya licin dan sangat ringan. Agak jarang dan mudah dibawa ke mana-mana kerana jimat ruang apabila dilipat.

AKIBAT SALAH PILIH FABRIK TELEKUNG

 

kita haruslah menjadi pengguna yang bijak memilih untuk menjamin keselesaan semasa beribadah supaya menjadi faktor solat dapat dilaksanakan dengan khusyuk.

Sekiranya fabrik yang kita pilih tidak sesuai ,maka ia akan menyusahkan dan mengganggu kita sewaktu sedang solat.

Contohnya,

  • telekung terlalu labuh menyebabkan kita terdongak kerana terpijak dibahagian belakang,
  • kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat.
  • Kain yang terlalu licin akan menyebabkan ia mudah terselak apabila ditiup angin kipas syiling di dalam surau ataupun masjid
  • Kain yang nipis walaupun tidak panas ,boleh menampakkan aurat
  • Kain yang sarat dengan sulam akan menarik perhatian jemaah lain dibelakang saf  kita, tidak dapat fokus memandang tempat sujud
  • Mudah bertahi lalat dan sukar dicuci
  • Mudah reput,apabila direndam

KESIMPULAN

PILIHAN TERBAIK DI TANGAN ANDA. ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI.ALANG-ALANG MEMAKAI BIAR BERBALOI DAN PUASHATI.

BUKAN SEKADAR MEMBELI YANG BERKUALITI UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI JADIKAN TELEKUNG SEBAGAI  BUAH TANGAN UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATI ORANG YANG KITA SAYANGI.

SANGAT BERUNTUNG LAH ORANG YANG SEDEKAHKAN ATAUPUN WAKAFKAN TELEKUNG ,KERANA PAHALA BERKALI-KALI  MENGALIR TERUS WALAU PUN KITA DAH TIADA LAGI DI DUNIA INI.

TAK SUSAH NAK BUAT PAHALA ASALKAN IKHLASKAN HATI BERI YANG BERKUALITI, BUKAN  TELEKUNG YANG KITA SENDIRI PUN TAK MAHU LAGI.

JOM KITA BERIKAN TELEKUNG  YANG TERBAIK .SUPAYA AKAUN PAHALA  PENUH GANJARAN ABADI DARI ILAHI. MARILAH KITA SAMA-SAMA JADIKAN AMAL JARIAH SEBAGAI PASPORT KE AKHIRAT NANTI.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]