TIPS NAK PERMUKAAN BROWNIES KEDUT


Semua orang boleh je buat brownies berkedut, yang penting pastikan:
.
✅ Follow resepi betul-betul : sukatan kena tepat ya (gunakan penimbang & penyukat bahan bakeri)
.
✅ Sebaiknya, gunakan compound chocolate yang berkualiti, tak kisah pun nak guna yang berbentuk "coin" atau pun "bar". Saya prefer guna berbentuk "coin", sebab dapat jimatkan masa kita potong coklat "bar". Choc compound bentuk "coin" yang memang dah kecil bentuknya bantu proses pencairan butter + choc compound lebih cepat. Ini juga dapat jimatkan masa & tenaga kita kan😉
.
✅ Antara jenama choc compound yang berkualiti & harganya agak ekonomi ialah chocolate compound Beryl's & Collata.
.
✅ Bila kita cairkan mentega + choc compound tu, pastikan kesemuanya betul-betul cair dengan sekata. Boleh guna kaedah double boiler, nak cairkan guna oven pun boleh (suhu 150C, 10-15 minit dah ok)
.
✅ Masa choc compound tu cair & masih panas, terus campurkan gula (tak kisah gula apapun..follow je resepi yang korang guna tu). Actually, cairan choc compound & butter yang panas ini bila bergabung dengan gula tadi akan menyebabkan berlakunya proses "pengkaramelan" yang akan menimbulkan efek kedut pada permukaan brownies tu nanti.
.
✅ Elak "overbeat" adunan brownies ya. Guna kaedah kaup balik (guna spatula, aduk adunan dari bahagian bawah ke bahagian atas hingga adunan sebati)
.
✅ Biasanya, adunan brownies yang akan menghasilkan kedut yang cantik boleh dilihat pada permukaan adunan yang agak licin berkilat sebelum dibakar.
.
Semoga sedikit sharing ini bermanfaat buat semua😊

Kredit: Feerpny express baking

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]