Mengenali Jenis-Jenis Keju


Terdapat bermacam-macam jenis keju di pasaran negara kita. Tetapi yang lazim digunakan dalam industri bakeri ialah seperti Keju Krim (Cream Cheese), Keju Cheddar, Keju Mozarella, Keju Parmesan dan lain-lain.

Secara umumnya, keju dihasilkan daripada bahan asas seperti susu lembu, kambing atau kerbau melalui proses mendadih. Di mana bahan dadih pejal akan dipisahkan dengan dadih susu. Keju mengandungi pelbagai khasiat seperti protein, kalsium dan lain-lain.

1. Krim Keju (Cream Cheese)

Di pasar raya biasa, krim keju dijual dalam kotak kecil yang beratnya 250gm. Jenama yang biasa ialah Philadelphia. Keju ini telah ditambah krim dan mengandungi kandungan lemak susu sehingga 45%. Ia berwarna kuning susu dan paling sesuai membuat pelbagai jenis kek keju. Ia mudah lembut pada suhu bilik dan lebih senang untuk diputar bersama dengan gula. Ada juga krim keju jenis spreadable cream cheese dan tidak sesuai membuat kek. Ia lebih sesuai untuk disapu dengan roti.

2. Keju Cheddar

Keju Cheddar mempunyai tekstur yang agak keras dan ia tidak cair walau dibakar dalam suhu yang tinggi. Oleh itu ia lebih sesuai untuk hiasan atas roti, piza, kek atau biskut. Keju cheddar terdapat dalam bentuk kepingan boleh dimakan begitu sahaja dengan roti.

3. Keju Mascarpone

Keju Mascarpone pula adalah sejenis keju krim yang bermutu tinggi dan sesuai untuk membuat kek. Namun ia agak mahal dan sukar di dapati di pasaran tempatan.

4. Keju Mozarella

Keju Mozarella digunakan untuk hiasan atas pizza topping kerana ia akan cair dalam suhu yang tinggi. Apabila ditarik, ia akan membentuk seperti tali pada pizza tersebut.

5. Keju Parmesan

Sering digunakan dalam masakan ala Barat seperti pasta dan lain-lain. Di pasaraya, keju ini dijual dalam bentuk serbuk dan lebih mudah dicampurkan dalam masakan.

Terdapat bermacam-macam lagi jenis keju yang lain yang ada dipasaran.

Semoga, dengan sedikit penerangan ini, anda dapat memahami serba sedikit tentang jenis-jenis keju yang biasa digunakan dalam masakan harian di negara kita ini.

Kredit: Facebook Yanti cake dan Pastry

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]