APA DAN BERAPA YANG PERLU DIMAKAN UNTUK KURUS


DIET SEIMBANG DENGAN pinggan suku-suku separuh.

 

Setelah memahami pengambilan kalori untuk mengurangkan berat badan, kita perlu mengetahui dengan lebih terperinci diet bagaimana yang perlu diamalkan. Pelbagai diet yang ada didunia ini dan bagi kami, diet seimbang adalah diet yang paling mudah dan boleh diamalkan selama-lamanya.

Pinggan sihat Malaysia, iaitu #sukusukuseparuh adalah cara termudah untuk kita amalkan. Konsep ini boleh diamalkan ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Amalan ini sekali gus membantu kita melatih diri untuk makan secara sederhana.

KUMPULAN makanan

Makanan terdiri daripada makro dan mikro nutrisi. Fokus kali ini adalah untuk memahami apa itu makro nutrisi kerana ini adalah keperluan utama dalam pemakanan kita.

Ada tiga jenis makro nutrisi iaitu, karbohidrat, protein dan lemak. Bagi memudahkan pembaca, kami kongsikan senarai makanan mengikut kategori makronutrien dan kuantiti yang boleh diambil untuk sekali makan. Contoh ini sekali gus memudahkan kita untuk mempelbagaikan jenis makanan dan mengelakkan kebosanan dengan diet yang sama.

Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian dalam memahami senarai yang diberikan:

  1. Jenis dan kuantiti ini diberikan untuk sekali makan yang mengunnakan konsep pinggan suku-suku separuh.
  2. Kita boleh menambah atau mengurangkan kuantiti berdasarkan keperluan kalori yang diberikan.
  3. Kuantiti yang dicadangkan juga boleh dikurangkan bagi pengambilan menu snack.
  4. Jenis makanan ini juga dapat membantu kita untuk menukar makanan mengikut sumber dalam resipi sihat kami.
  5. Perlukah timbang atau ukur setiap hari? – Pada peringkat awal perlu buat untuk kita memahami kuantiti yang boleh dimakan. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan, kita sendiri sudah tidak perlu timbang kerana sudah biasa dia kuantitinya.

Kredit : Buku resipi diet sihat

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]