Kenali Jenis Kain Terbaik Dalam Memilih Jubah Muslimah & Patuh Syariah


Jubah merupakan pakaian tradisional bagi masyarakat di Semenanjung Arab dan bahagian utara Afrika. Rekaan tradisional pakaian ini secara lazimnya adalah ringkas, bersaiz besar, berwarna hitam dan dengan rekaan berbentuk kotak besar atau kaftan panjang. Ianya menutupi keseluruhan tubuh badan si pemakai kecuali pada bahagian kepala, kaki dan tangan.

Pakaian yang suatu ketika dahulu dianggap kolot dan hanya digayakan oleh warga emas atau sebahagian kecil golongan wanita yang berpegang teguh dengan syariat Islam kini telah mendapat nafas baru dengan kemunculan rekaan-rekaan yang terkini yang dikenali sebagai jubah moden.

Namun, sebagai pembeli/pelanggan online di era masa kini, kita masih lagi kekurangan dalam merasa kualiti atau ketebalan fabrik itu sendiri. Oleh itu, adalah WAJIB untuk kita golongan wanita perlu tahu jenis-jenis fabrik jubah yang di jual di alam maya supaya ianya masih dalam Syariah Islam.

Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang digunakan dan tips-tips pemilihan jubah moden mengikut kesesuaian anda supaya kita masih lagi dalam Syariat disarankan dalam Islam.

1) Crepe


Fabrik ini dikatakan amat popular dan menjadi pilihan utama oleh kaum hawa di Malaysia. Ia biasanya diperbuat daripada kapas, bulu biri-biri, sutra, sutra buatan ataupun poliester.

Terdapat dua jenis Crepe yang biasa digunakan dalam penghasilan jubah moden iaitu: –

Como / Poly Crepe – Fabrik ini menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang lembut dan mudah lentur di mana ianya penting untuk memudahkan si pemakai bergerak. Selain itu, tekstur kainnya tampak kasar dan tidak kelihatan bersinar seperti kain Koshibo. Oleh kerana ciri Como / Poly Crepe yang agak berat, ia mampu menjadikan si pemakai tampak kurus dan bergaya. Ia juga sukar untuk berkedut di mana anda hanya perlu menyeterikanya secara ringkas dan mudah untuk dibasuh.

Moss Crepe – Fabrik ini juga amat popular di kalangan peminat jubah moden tempatan di mana ia mempunyai banyak persamaan dengan Como / Poly Crepe. Bezanya adalah ia lebih lembut dan nipis walaupun tidak jarang sehingga mendedahkan aurat. Oleh kerana ia lebih lembut, bagi mereka yang mempunyai fizikal yang besar mungkin berlaku sedikit lekapan pada si pemakai. Fabrik ini biasanya digunakan untuk penghasilan blousecardigan atau shawl.

2) Koshibo


Fabrik ini biasanya digunakan dalam penghasilan jubah kerana harganya yang rendah berbanding jenis fabrik yang lain. Ia merupakan fabrik tenunan yang diperbuat daripada serat poliester atau 100% poliester.

Terdapat dua jenis Koshibo yang biasa digunakan dalam penghasilan jubah moden iaitu:-

  1. Heavy Koshibo – Ciri-ciri fabrik ini adalah ianya lebih tebal, tidak jarang dan tidak panas berbanding peach Koshibo. Jika anda berada di kawasan bersuhu sederhana / dingin dan ingin menggayakan jubah yang berwarna terang, jubah heavy Koshibo adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
  2. Peach Koshibo – Ciri-ciri fabrik ini adalah ianya lebih ringan, agak jarang dan lebih dingin berbanding heavy Koshibo. Jika anda berada di kawasan bersuhu panas, jubah peach Koshibo adalah lebih sesuai tetapi pemilihan warna yang gelap adalah perlu bagi mengelakkan jubah tampak jarang dan menampakkan tubuh badan anda.

3) Kain Kapas


Walaupun terdapat banyak fabrik baru yang digunakan dalam penghasilan jubah moden, kain kapas masih mendapat tempat di hati muslimah tanahair kerana faktor iklim tropika di Malaysia yang menerima pancaran matahari sepanjang tahun.

Ciri-ciri kain kapas adalah seperti selesa, menyerap peluh, jarang mengakibatkan alahan kulit, penebat haba ketika cuaca sejuk dan tahan lasak menjadikannya sesuai untuk negara yang terletak di atas garisan Khatulistiwa.

Berikut adalah jenis-jenis rekaan jubah kain kapas: –

  1. Straight Cut – Stail ini tampak ringkas dan sesuai bagi citarasa mereka yang tidak menggemari jubah yang kembang. Potongan ini tidak terlalu longgar atau ketat seperti potongan slim fit yang menonjolkan tubuh badan si pemakai. Ia amat sesuai untuk golongan yang bertubuh langsing atau kecil.
  2. Color Block – Stail ini menggabungkan tiga jenis warna pastel yang biasanya terdiri daripada warna cerah. Ianya sesuai bagi golongan muda yang gemar untuk berfesyen atau kanak-kanak kerana ia lebih menonjol berbanding rekaan yang lain.
  3. Dua Warna – Stail ini menggabungkan 2 warna dengan jahitan pada bahagian tengah di mana ia merupakan evolusi awal kemunculan rekaan jubah moden.
  4. Satu Warna – Stail ini boleh dianggap sebagai rekaan tradisional tetapi masih popular di kalangan peminat fesyen tempatan yang memilih untuk menggayakan rekaan tampak kosong yang tidak terlalu menonjol.

4) Kain Cotton


Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
⦁    nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
⦁    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
⦁    kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
⦁    noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
⦁    boleh dicuci atau di dry clean
⦁    tidak mudah kusut saat dicuci
⦁     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

5) Kain Lycra

Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain.

6) LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

Antara ciri-ciri lainnya :
⦁    Bahannya kaku dan dingin.
⦁    Permukaan kain agak kasar
⦁    Menyerap keringat.
⦁     4x lebih lasak dari cotton
⦁    Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
⦁     Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

kredit artikel: unitimart blog

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]