Coco powder versus coklat powder


Hai uolls..

Kak Riez rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dah masuk Oktober.

Macam biasa la rutin Kak Riez setiap hari adalah bake brownies. Tetiba terlintas di fikiran Kak Riez rasa macam nak share satu topik hangat dan kontroversi di kalangan student Kak Riez.

Terus Kak Riez capai laptop dan terus menulis ni. hehehe

Okay berbalik semula pada topik kontroversi kita tadi, ramai antara kita yang confuse di antara Cocoa Powder dan juga Chocolate Powder. Ada seorang student tu pernah tanya Kak Riez macamni.

“Kak Riez dalam resepi ni kata guna 50 gram chocolate powder, puas saya cari di kedai bakery. Tak jumpa lah. Cocoa powder ada lah.”

Ada sorang tu sampai pening kepala dan confuse nak pilih jenis tepung coklat mana yang sesuai untuk resepi yang diberikan.

Wahai sayang sayang ku sekalian, haa meh Kak Riez terangkan dengan lebih jelas ye.

Sebenarnya, serbuk koko ataupun Cocoa Powder adalah bahan yang selalu Kak Riez gunakan untuk membuat pelbagai dessert. Hal ini kerana serbuk coklat ataupun Chocolate Powder sangat jarang berada di kedai bakery dan tak semua kedai ada.

Kebanyakan Chocolate Powder ni mahal sikit harganya berbanding Cocoa Powder. Perbezaan rasa chocolate powder lebih lighter, tidak sekuat coco powder. Namun kedua-duanya tetap mempunyai rasa yang sedap!

Cocoa powder atau serbuk koko dihasilkan apabila cacao liqour ditekan untuk mengasingkan mentega koko. Ia menghasilkan serbuk yang tidak manis dan sangat halus.

Serbuk koko boleh terdapat dalam dua jenis yang berbeza tau. Semulajadi dan Dutched. Serbuk koko semulajadi mengekalkan tahap asid cacao manakala Dutched pula dineutralkan dengan campuran kimia alkali.

Hasilnya, koko Dutched kurang berasid dan mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang ‘mellow’.

Kebaikan Cocoa Powder kepada diri kita:

1) Bukan Penyebab Kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

2) Mengawal Kencing Manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko.

3) Baik Untuk Jantung

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

4) Benteng Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.

5) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Contoh brand Cocoa Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:

  • Van Houten
  • Beryls
  • Cocoa Barry
  • Hershey
  • Delfi
  • Dr. Oetker

Apa yang timbul di benak fikiran Kak Riez bila sebut tentang Chocolate Powder?

Pelbagai rasa coklat semestinya menarik minat semua yang sukakan kemanisan nya. Eh jangan tak tahu pula, Kak Riez selalu dengar coklat juga disebut-sebut mempunyai kebaikan untuk kesihatan.

Pada sebuah kajian, dinyatakan bahawa coklat dapat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular.

1) Mengelakkan diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin.

2) Melancarkan aliran darah.

3) Menurunkan tekanan darah.

4) Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik.

Contoh brand Chocolate Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:

  • Callebout
  • Barry
  • Beryls

Okay, sekarang awak dah lebih jelas kan? Lepas ni toksah nak pening pening lagi tau. Pilihan di tangan awak.

Kak Riez selalu nasihat student Kak Riez jika nak memilih kualiti coklat untuk brownies, boleh guna apa-apa bahan yang bersesuaian dan mengikut budget masing masing.

Be creative tau! Janji hasilnya wooww gitu dan yang penting sedap masuk tekak kan? Hehe

Harapnya penulisan ni dapat menjawab kontroversi yang melanda awak semua ya! Sehingga berjumpa lagi di tips akan datang.

 

Kredit artikel: Blog Riezllicious

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]