Jenis Leher Baju Mengikut Bentuk Badan


Memilih baju pengantin tidak seperti memilih baju harian. Baju pengantin hanya di pakai sekali seumur hidup. Bayangkan jika awak memiliki leher yang agak tinggi, jenis leher macam mana yang sesuai untuk baju pengantin awak?  Pastinya turtle neck menjadi pilihan. Untuk awak yang bertudung mungkin tidak menjadi masalah yang besar.

Bagaimana pula dengan awak yang tidak memakai tudung di Majlis Perkahwinan?

Jom kita lihat jenis leher yang sesuai dengan awak;

Si Gadis yang mempunyai bentuk badan HOURGLASS;

Haruslah;
Awak memiliki bentuk badan yang sempurna di antara bentuk badan yang lain. Awak hanya perlu serlahkan keindahan bentuk pinggang yang ramping.

Leher seperti Sweetheart, V Neck, Asymmetric, Illusion, Off-Shoulder atau bahkan strapless adalah pilihan yang baik untuk awak bagi menyerlah bahagian dada

Jangan;
Berhati-hati dengan jenis leher seperti bot atau leher tinggi yang mungkin membuat awak kelihatan lebih berisi dari saiz sebenar.
Jangan terlalu memakai banyak aksesori si leher. Minimalis penggunaan rantai akan menyerlahkan lagi bahagian dada dan leher.

Si gadis yang mempunyai bentuk badan buah pear;

Haruslah;
Bentuk badan buah pear memiliki saiz dada yang lebih kecil berbanding punggung.
Leher seperti bot, halter, asimetris, ilusi, Ratu Anne, leher tinggi amat sesuai untuk awak.  Secara tak langsung saiz bentuk badan akan kelihatan seimbang.

Tidak boleh;
Pastikan awak tidak memilih jenis kain yang kelihatan berat dan keras. Ini akan membuatkan awak kelihatan lebih besar di bahagian bawah.

Si gadis yang mempunyai bentuk badan buah apple;

Haruslah;
Secara am awak kelihatan bulat lebih besar di bahagian pinggang.
Jenis leher empire sangat sesuai untuk awak. Jenis leher seperti  scoop, V neck, strapless and sweetheart boleh membuatkan awak kelihatan ramping.

Tidak boleh;
Elakan design yang mempunyai banyak lipatan – lipatan kecil dan renda di bahagian pinggang.

Si gadis yang mempunyai bentuk badan pembaris;

Haruslah;
Secara semulajadinya bentuk pinggang awak tidak kelihatan.
Leher seperti V dan scoop sesuai untuk membuat pinggang awak kelihatan ramping. Sweetheart, halter, empire and off shoulder juga boleh membuatkan awak kelihatan lebih menarik.

Baju pengantin yang mempunyai potongan “Fit and flare” akan memberikan ilusi bentuk badan yang sempurna untuk awak.
Tetapi kalau awak selesa untuk tidak menonjolkan bahagian pinggang, jenis leher assymetric sesuai untuk awak.

Tidak boleh;

Elakkan memakain potongan baju yang melekat di badan. Awak akan kelihatan seperti sebuah pembaris yang berdiri.
Elakkan square and jewel neckline kerana jenis leher ini akan menampakan bentuk badan awak yang sebenar.

Adakah awak memiliki saiz tubuh badan yang orang katakan Plus size? Bagaimana pulak dengan jenis potongan leher yang sesuai untuk awak?

Si gadis yang memiliki Plus size amat sesuai memakai potongan tangan yang pendek dan potongan leher yang agak luas. Cuba potongan leher  Sweetheart, illusion, V, straight across, empire atau scoop necklines. Dengan potongan leher seperti ini sebenarnya awak  menonjolkan bahagian dada dan menutupi kelemahan di bahagian pinggang dan punggung. Tapi berhati- hati juga memilih baju yang akan menjejaskan imej awak sebagai orang muslim.

Peringatan penting untuk awak yang mempunyai saiz besar, elakkan memilih corak kain yang mempunyai bunga besar ye! Awak akan kelihatan besar dan gemuk.

Jangan memakai jenis kain Lycra. Kain ini akan melekat di badan awak dan akan menampakkan saiz sebenar awak.

Kredit artikel: Blog Fairyna sharina

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]