BIJAK MEMASAK DARI DAPUR KE DAPUR



Soalan : Apakah perbezaan antara non dairy whipped topping dan whipping ceram? Adakah ia digunakan sebagai hiasan kek dan perlukah ia dicampurkan dengan bahan lain.

 

Non dairy whipped topping diperbuat daripada bahan soya, tanpa kolesterol, rendah lemak tepu, rendah kandungan sodium dan tanpa laktosa. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Ia juga lebih putih daripadan whipping cream. Whipping cream pula lazimnya adalah hasil tenusu dan mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan. Jika tidak manis, campurkan dengan gula aising sebelum dipukul hingga keras. Namun begitu, ada sesetengah  jenis non dairy whipped topping yang sudah mengandungi gula.

 

Untuk membuat hiasan di atas kek, masukkan krim ke dalam bekas bersih. Pukul perlahan dengan kelajuan minimum hingga kental. Kemudian terus sapu di atas kek. Jangan pukul krim terlalu kuat sebaik saja ia keras kerana ia mungkin menjadi cair semula. Kedua-dua jenis krim tidak perlu dicampurkan dengan bahan-bahan lain kecuali gula jika ia tidak manis.


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]