UMMI TAK NAK BAWA ADIK MANDI KOLAM, KENAPA?


UMMI TAK NAK BAWA ADIK MANDI KOLAM, KENAPA? – Tular di media sosial seorang murid berkubang selepas hujan.

Ini terjadi kepada anak Puan Rozita Abdul Razak yang seronok mandi di lopak air di sekolah sehingga si abang terpaksa mengejar adiknya itu.

Menerusi entri Facebook Rozita Abdul Razak, beliau mendapat panggilan daripada guru sekolah yang memaklumkan anaknya  bermain air. Namun tidak menyangkan bermain air itu adalah lopak air di sekolah.

Terkejut ummi...Ada cikgu bgthu..."Ita anak ko main air!!".Ingatkan sikit2 je...rupanya dia berenang...abgnya tegur..abgnya kena kejar.
Bila tanya...jawapan dia...ummi xnak bawak adik Mandi kolam kenapa???. Ummi malas nak kejar..nanti dia lari keliling sekolah...Ummi y penat.
Seronok berganda2 bila ramai penonton.

#Anak anugerah illahi.

Reaksi si anak mencuit hati sehingga tular di media sosial. Yang melucukan apabila ditanya kenapa main air. Ini jawapannya, “Ummi tak nak bawa adik mandi kolam, kenapa?”

Berdasarkan foto yang dimuat naik itu, kanak-kanak tersebut benar-benar menikmati keasyikan mandi ‘kolam’.

Rata-rata netizen terhibur melihat aksi kanak-kanak itu sehingga ada yang menyatakan inilah momen-momen paling indah untuk dijadikan kenangan bila besar nanti. Teruskan nikmati keseronokan itu kerana ia mengimbau kenangan semasa kecil.

Kredit: Foto dan FB Rozita Abdul Razak

 

** Min teringat buku AKU BUDAK SETINGGAN. Kisah alam kanak-kanak penulis yang penuh dengan suka duka.

 

 

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]