"SIMPOSIUM KEAGUNGAN AL-QURAN"

Cik Ilham | 15-04-2019

"SIMPOSIUM KEAGUNGAN AL-QURAN"

Simposium pada kali ini digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) di bawah naungan Jabatan Islam Malaysia (JAKIM) dengan membawakan mesej Berinteraksi dengan Al-Quran (Baca, Faham, Amal) melalui Misi al-Kahf.

Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 61, bersama kita sertai Seminar Wartawan Al Quran, , World Convention Al Kahfi, Seminar Al Hafiz , Seminar Amazing Quran dan Keagungan Al Quran sebagai Solusi dalam Organisasi dan Keluarga.

 
Kita bina legasi melalui Interaksi bersama Al Quran; Baca Faham dan Amal

Mulai 16 hingga 20 April 2019 bertempat di Plenary Theatre dan Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur

Sila daftarkan kehadiran anda di http://bit.ly/SiriKeagunganQuran atau imbas QR code di poster berikut,

SEMINAR WARTAWAN QURAN

Tarikh : 16 April 2019 (Selasa)
Tempat : Plenary TheatreAras 3, KLCC

Menulis dengan panduan dari Al-Quran dan membentuk kerangka fikir penulis berdasarkan nilai-nilai dari al-Quran. Perbincangan cara penulisan Wartawan Quran yang bermatlamat melahirkan penulis yang cinta dan takut pada Allah istimewa buat semua wartawan, Penulis Blogger mahupun penulis-penulis di media sosial.

WORLD CONVENTION AL-KAHF
Tarikh : 17 April 2019 (Rabu)
Tempat : Dewan Muktamar, kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Surah al-Kahf, surah yang ke-18 dipilih untuk dihayati di sepanjang konvensyen berlangsung sebagai panduan umat menghadapi zaman yang penuh cabaran dan bersatu untuk membentuk ummah Berbudi dan Penyayang dalam menangani dan melahirkan solusi terhadap 4 Cabaran Sejagat: cabaran keyakinan, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Dihasratkan usaha menghayati kandungan al-Quran ini akan menjadi solusi ke arah kesejahtaraan ummah seluruhnya.

 

SEMINAR AL-HAFIZ
Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)
Tempat : Plenary TheatreAras 3, KLCC

Perkongsian teknik al-Hafiz iaitu teknik menghafal al-Quran dalam masa tiga jam, satu mukasurat. Fokus kali ini adalah untuk hafal 10 ayat awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.: (Hadis Riwayat Muslim 809)

 

SEMINAR AMAZING AL-QURAN
Tarikh : 19 April 2019 (Jumaat)
Tempat : Plenary TheatreAras 3, KLCC


..... "Kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan (al-Quran)." (Terjemahan Surah al-Jinn, ayat 1)

Membincangkan tentang kehebatan dan keajaiban al-Quran yang bukan sahaja menakjubkan di masa lalu malahan keajaiban al-Quran turut tetap dapat di rasa pada masa kini juga akan datang. apabila menghayati keajaiban yang sebenarnya, ia akan membantu kita bermotivasi dalam segenap aspek kehidupan.


KEAGUNGAN AL-QURAN SEBAGAI SOLUSI DALAM ORGANISASI DAN KELUARGA
Tarikh : 20 April 2019 (Sabtu)
Tempat : Plenary TheatreAras 3, KLCC

"(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua lalu mereka berdoa,

"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi-MU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus  bagi kami dalam urusan kamu." (Terjemahan Surah al-Kahfi ayat 10)

Menghayati keagungan al-Quran sebagai solusi dalam keluarga dan organisasi. Dibawakan istimewa Pesan Ulama dari Indonesia iaitu Ustaz Bachiar Nasir.

 

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]