Bubur nasi ala McD gerenti sedap!

Jie | 02-09-2020
Bubur
Bubur Nasi ala McD

Resipi Yang Paling Mudah, Jimat, Tetapi Mengenyangkan

Sebagai seorang isteri,apatah lagi seorang ibu, pastinya berasa ralat dan rasa bersalah jika tidak boleh menghidangkan makan malam untuk keluarga sendiri. Namun tidak boleh dinafikan, sebagai seorang wanita yang berkerjaya, ada masanya kita rasa keletihan apabila pulang daripada bekerja. Pulang ke rumah masih terpaksa berhempas pulas membereskan kerja-kerja rumah pula. 

Jadi, di sini kami kongsikan 1 resipi mudah untuk disediakan oleh wanita di luar sana. Resipi ini kami kongsikan daripada Puan Ana Mariana Ismail di laman FBnya, iaitu bubur nasi ala McD. 

Resipi ini bukan hanya mengenyangkan, sedap, mudah dan cepat tetapi juga menjimatkan. Paling penting buat para ibu di luar sana pastinya tidak mahu resipi yang memerlukan persediaan bahan-bahan yang terlalu banyak.sehingga memerlukan masa untuk mengemas pula selepas memasak nanti, kan? 

Bahan-bahannya:

  • *Beras 2 pot (Tip: masak dulu supaya nasi lagi cepat masak)
  • *Lobak merah sebatang (dipotong dadu)
  • *Isi ayam (2 ketul bahagian dada dan direbus sekejap sebelum dicarikkan isi ayam)
  • *Kiub ayam (terpulang brand apa )
  • *Bawang putih (cincang halus)
  • *Lada hitam, lada sulah, garam
  • *Halia seinci (diketuk)

Cara-caranya:

  • Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur.Kalau air kering, tambah lagi.
  • Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni kalau suka, boleh simpan sikit untuk ditabur di atas bubur masa nak makan nanti.
  • Masukkan lada sulah.
  • Masukkan lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh)
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Kemudian panaskan minyak dan goreng bawang putih yang dicincang halus untuk buat minyak bwg putih.Goreng sampai garing sikit. Jangan hangit pulak. 
  • Selepas itu, tuang minyak bawang putih tadi ke dalam bubur. Minyak ni kalau buat banyak sikit pun tak apa. Boleh simpan sikit untuk tuang atas bubur masa nak makan nanti.
  • Kemudian kacau hingga sebati.
  • Boleh dah nak hidang. Taburlah bawang goreng,daun bawang,isi ayam,minyak bawang putih sikit dan dan tabur lada hitam ikut selera masing-masing.

Yeayyyyy! Siap. 

Selamat mencuba dan menjamu selera!

 

KREDIT: FB Ana Mariana Ismail

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]