PESANAN BUAT ORANG BUJANG


Pesanan buat yang belum kahwin…

Kita akan benar-benar mengenali seseorang setelah berkahwin dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan dan duduk sebumbung. Waktu itulah kita baru tahu dia tidur berdengkur, jenis lepas buang air besar tak reti flush, cepat stres kalau ada masalah. Seorang yang pemarah apabila ditegur. Baru tahu itu... baru tahu ini...

Bercinta hatta 10 tahun, bergayut hampir setiap malam, dating tiap-tiap hari belum cukup buat kita untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang manis-manis (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semua  apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah, perit, air mata yang disembunyikan… siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu jika pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam. Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyingsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari daripada menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.

Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin? Kamu seharusnya sedar bahawa ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain. Kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumah tangga itu tidak mudah!

Bukan sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain walaupun asalnya perkahwinan itu atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya, kita hanya menyedari setelah berkahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga… cinta saja tak cukup. Barulah kita sedar quotes 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar... betul apa mak ayah kata... "Cinta saja tak cukup untuk hidup."

Moga Allah mudahkan perjalanan hidup kita seterusnya.

Kredit: Indahnya Perkahwinan

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]