Kehamilan Luar Rahim Boleh Mengancam Nyawa Ibu

Jie | 09-06-2020
Ectopic
Ectopic pregnancy

 

APA ITU KEHAMILAN LUAR RAHIM (EKTOPIK)?

 

Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim.

 

1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian (rajah 1). Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.

 

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik hari ini semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut.

 

Mengapakah kehamilan ektopik berlaku?

 

Telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian. Di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.

 

Bilakah kehamilan ektopik biasanya berlaku?

 

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenal pasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

 

Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?

 

Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza.

 

a. Pendarahan faraj yang tidak normal

- Tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid

 

b. Sakit di bahagian bawah perut

- Datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

 

c. Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )

- Sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah.

 

Siapa yang berisiko?

 

a. Mempunyai sejarah mengandung luar rahim

- Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

 

b. Hamil melalui kaedah IVF.

- Perlumembuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

 

c. Pernah membuat pembedahan di bahagian perut

* Termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

 

d. Pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID)

- Sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.

 

e. IUD atau pil perancang

- Mengandung walaupun telah memakai IUD dan memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill) f. Merokok

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

 

a. Ujian kehamilan(Pregnancy test)

- Sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.

 

b. Pemeriksaan ultrasound

- Transvaginal scan lebih tepat berbanding transabdominal scan untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan.

 

c. Pemeriksan darah (beta-HCG)

- Ujian darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat, berkemungkinan besar kandungan luar rahim.

 

d. Laparoskopi

- Jika tiub anda telah pecah, perlu terus dibedah.

 

<b>Rawatan</b>

 

a. Rawatan konservatif

- Tiada simptom dan tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Wanita ini perlu diberi kaunseling sewajarnya.

 

b. Rawatan perubatan (suntikan methotrexate)

- Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

 

c. Pembedahan( Laparoskopi)

- Menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka.

 

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan ektopik lagi?

 

Untuk kebanyakan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10%.

 

Masihkah ada peluang mengandung lagi?

 

Secara umum, 65 hingga 70 peratus wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan.

 

Adakah selepas ikat peranakan(BTL) risiko hamil luar rahim lebih tinggi?

 

Ya. 1000 wanita yang menjalani bilateral tubul ligation(BTL),4 orang akan hamil. Nisbah kegagalan BTL(failure rate) 4 dalam 1000. Jika hamil selepas kaedah ini, sila berjumpa dengan doktor di awal kehamilan kerana risiko yang tinggi hamil luar rahim.

 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

 

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

 

SUMBER: FB Dr. Ahmad Samhan

http://www.myhealth.gov.my/kehamilan-ektopik/ https://medium.com/

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]