CATATAN EDITOR NAMA SAYA HASMAH



Jauh di sudut hati, saya bangga buku NAMA SAYA HASMAH menjadi pilihan sebagai buku umum terbaik, kategori buku autobiografi semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 baru-baru ini. Pengorbanan saya dan editor Ruzita Awaludin berulang-alik ke Putrajaya untuk melunaskan kerja dengan Tun Siti Hasmah terbalas.

Masih terngiang-ngiang kami bertiga bekerjasama, kami bergelak ketawa dan ada ketika kami serius.

Tutur kata Tun yang sopan dan lembut membuatkan kami begitu dekat dengan Tun. Tun sanggup menahan kami daripada pulang setelah habis kerja kami kerana Tun mahu memperkenalkan kami dengan suami tercintanya.
Akhirnya NAMA SAYA HASMAH siap dengan isi yang santai berkenaan dengan kehidupan beliau... Dari kecil, remaja, dewasa sehinggalah menjadi isteri kepada Tun Mahathir, doktor, ibu kepada anak-anak dan nenek.
Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan tajuk asalnya MY NAME IS HASMAH.

Lagi berbaloi apabila buku ini antara top 10 PBAKL 2018. Sangat teruja kerana sejak kontroversi Tun Hasmah tidak dibenarkan hadir semasa penerimaan piala, kisah terus menjadi viral di media sosial. Lantas buku ini dicari di booth Karangkraf. Diskaun melambung diberi membuatkan buku ini laris macam goreng pisang panas.

Saya akan sematkan kenangan bersama Tun Hasmah dan Tun Mahathir sampai bila-bila. Insya-ALLAH jika ada rezeki, saya dan editor Ruzita ingin bekerjasama dengan beliau lagi.

Jika mahukan buku ini, dengan diskaun menarik, bolehlah dapatkan di booth Karangkraf iaitu di Karnival Karangkraf 2018 pada 1-3 Jun bertempat di premis Kumpulan Media Karangkraf.

 


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESIPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]