ratu ais aweta berjaya jelajah antartika

Ratu Ais Aweta, Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul kadir bersama protege beliau seramai tiga orang, Saleha Abu Nor, Siti Jumaidah Haji Bensali dan Nurul Atiqah Tamarun berjaya menyelesaikan misi menjejaki kaki di bumi Antartika yang memulakan ekspedisi pada 25 Disember 2019 yang lalu.

 

Dr. Sharifah Mazlina berkata, beliau ke sana dengan beberapa tujuan. Tujuan pertama ada membawa pelapis dan kedua mencari kembali kapsul masa yang pernah ditanam lebih 15 tahun yang lalu. Namun, misi kedua tidak dapat dilaksanakan memandangkan menurut beliau objek itu sudah tertimbus dengan salji yang setebal setingkat bangunan, tidak memungkinkan salji itu dikorek.

Bagi ketiga-tiga protege, ini pengalaman mereka yang tidak dapat dilupakan kerana daripada 1000 orang peserta yang menyertai pencarian ratu ais, merekalah orang yang sangat bertuah. Pelbagai bentuk ujian mental dan fizikal yang diharungi sebelum bertolak ke Antartika.

Walaupun ada antara mereka kurang sihat di sana dan terpaksa berehat, cabaran ini akhirnya mendatangkan suatu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Tambah Dr. Sharifah Mazlina lagi, inilah salah satu cari memupuk semangat hidup gaya sihat dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda wanita.

Apa yang menarik lagi, perjalanan kisah ini bakal dikeluarkan menerusi e-Book yang bertajuk TRAVELOG MENCARI RATU AIS DI ANTARTIKA dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf. Dan e-Book ini telah dilancarkan sebaik sahaja para wirawati ini tiba di balai KLIA 1 pada 9 Januari 2020. Kisah beliau akan menemui para pembaca sebaik sahaja ia lengkap ditulis.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]