888 fakta pelik & menarik
harga RM 15
kategori Umum
penulis Nasron Sira Rahim
halaman 144
berat 100 gram
tarikh terbit 12 April 2012
isbn 978-983-124-666-5
SINOPSIS
888 FAKTA PELIK DAN MENARIK ialah buku kedua Nasron Sira Rahim selepas buku MISTERI DUNIA mendapat sambutan yang menggalakkan. Segala fakta yang dikumpul merupakan hasil pembacaannya melalui laman web, akhbar dan jurnal untuk dikongsi bersama para pembaca.

Buku ini menghimpunkan pelbagai fakta pelik dan menarik mengenai haiwan, tumbuh-tumbuhan, tokoh, tempat, rahsia tarikh lahir, tulisan tangan dan banyak lagi topik yang pastinya akan membuka minda dan menambah pengetahuan am sedia ada.

• Mentadak betina akan memakan kepala mentadak jantan yang menjadi pasangannya selepas mengawan.
• Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika tidak memanjangkan lehernya.
• Tikus tidak boleh muntah. Sebab itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan tersebut.
• Manusia pertama yang mencipta lampu, iaitu Thomas Edison dikatakan takut berada di dalam gelap.
• Kebanyakan ibu jari manusia biasa adalah sama panjang dengan hidungnya.
• Lelaki dikatakan enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita.

BUKU-BUKU LAIN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]