soulmate tuan profesor
harga RM 23
kategori Novel
penulis Batiah Hadi
halaman 384
berat 350 gram
tarikh terbit 02 April 2018
isbn 978-967-86-0860-2
SINOPSIS

Bekerja dengan seorang Professor bukanlah sesuatu yang diimpikan oleh Doris Izzah Williams selepas putus cinta dengan kekasih jutawannya, Wafiq. Izzah seorang gadis lincah bergaya denganstillettodan skirt pendek sudah tentu tidak betah menjadi pembantu penyelidik. Pada pandangan Izzah seorang professor sudah tentu tua dan membosankan. Namun, disebabkan oleh paksaan ibunya Izzah terpaksa akur memohon jawatan sebagai seorang pembantu penyelidik kepada Professor Izmir Hakim yang terdesak mencari pembantu. Bukan itu saja Izzah juga dipaksa berhijab oleh ibunya. Kalau tidak Izzah akan dihalau ke Melbourne untuk tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Izmir Hakim seorang professor muda yang kuat kerja masih belum bertemu yang berkenan dibuat isteri. Dia ada segala-galanya dengan pakej rupa yang menggetar perasaan. Dia terdesak mendapatkan seorang pembantu untuk penyelidikannya bila pembantunya berpindah.

Dengan penampilan baru,Izzah menghadiri temu bual untuk mendapatkan jawatan itu.Siapa sangka Professor Izmir Hakim ialah lelaki gojes dan hot yang Izzah berperang mulut di Baskin Robbins sehari sebelum itu. Izzah berjanji untuk mengenakan lelaki itu jika mereka berjumpa semula. Malangnya niat hanya tinggal niat kerana Izzah terdesak untuk mendapatkan jawatan itu. Izzah lega disebabkan hijab Izmir tidak cam siapa Izzah. Peristiwa Izzah terambil parkir Izmir juga menyebabkan Izzah terpaksa menurut apa saja yang Izmir mahukan supaya dia diterima bekerja. Disebabkan itu Izzah sanggup buat apa sahaja termasuk mengikut Izmir kerumahnya.

Kesanggupan Izzah itu seterusnya membawa Izzah bermalam di rumah Professor itu. Satu insiden yang berlaku menyebabkan Izzah dipinang oleh ibubapa Izmir yang terdesak hendak bermenantu. Paling tidak disangka pinangan keluarga Izmir diterima pula oleh ibu Izzah. Mereka berdua bencikan satu sama lain. Ada sahaja yang ingin digaduhkan. Izmir yang dingin kejung dengan Izzah yang bermulut bertih jagung. Mereka memang tidak sesuai langsung! Walaupun begitu mereka akur dengan kehendak kedua ibu bapa mereka. Masing-masing pengecut untuk melawan ibu bapa sendiri. Akhirnya akad antara mereka termeterai. Izzah menyangka perkahwinan itu tidak akan melibatkan hati dan perasaan seperti yang mereka berdua persetujui namun bila seringbersama hati masing-masing mula berdendang semacam. 

Satu kemalangan semasa fieldwork membuatkan Izmir sedar betapa bernilainya Izzah dalam hatinya. Izzah mula menerima cinta Izmir. Mereka dilingkungi bahagia seketika namun kehadiran Dania ibu tiri Izzah mengancam hubungan Izzah dan Izmir. Kemelut bersangkutan dengan Erin dan tuduhan penyelewengan wang penyelidikan menyebabkan Izzah mula mempertikaikan tulennya cinta Izmir terhadapnya. Justeru membawa persoalan siapakah sebenarnya soulmate Tuan Professor Izmir Hakim???


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESIPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]